berita

Ustaz Don Dakwa Video Disunting Untuk Tujuan Propaganda, Gesa Masyarakat Tolak Hujah Ustaz Facebook & Google.

April 17th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-16 at 11.13.36 PM

Semalam, media massa kecoh memperkatakan tentang isu Wardina memuatnaik status di laman sosialnya mengenai penyampaian ceramah ustaz selebriti, Ustaz Don Daniyal yang didakwa tidak sahih.

Artikel Berkaitan: Wardina Kecam Penyampaian Ustaz Don Sebagai Tak Sahih

Wardina juga dilihat telah menjadikan sebuah video bertajuk Kompilasi Hadis Palsu Dan Pendustaan Don Daniyal sebagai salah satu rujukannya.

Terkini, Ustaz Don telah memuatnaik sebuah video bagi menjawab persoalan yang diutarakan oleh Wardina dan seterusnya menyeru agar orang ramai tidak menjadikan laman sosial sebagai sumber rujukan.

Screen Shot 2014-04-16 at 11.15.15 PMUstaz Don jawab dakwaan Wardina mengenai ketidaksahihan ceramah yang disampaikannya

“Jangan ambil hujah berdasarkan ustaz Facebook, Google atau Wikipedia. Pasal apa video saya yang sudah diedit sekerat-sekerat itu pula dijadikan bahan hujah ke atas saya. Sedangkan sepatutnya kita tak boleh buat begitu. Kenapa mudah sangat diganggu-gugat oleh video sekerat-sekerat ini?

Dalam sejarah telah terbukti bahawa video sekerat-sekerat ini adalah untuk tujuan propaganda dan orang yang menguar-uarkan video ini biasanya buat perkara ini untuk jadi pecah belah.”

Turut memaklumkan bahawa dirinya bakal berangkat ke United Kingdom atas urusan kerja, Ustaz Don juga memberitahu bahawa video ini dimuatnaik bukan untuk tujuan cabar-mencabar, tetapi untuk memberi buah fikirannya.

Namun, Ustaz Don turut menambah bahawa jika selepas ini timbul lagi isu yang sama, dia tidak akan menjawab menerusi video, sebaliknya mengalu-alukan semua pihak untuk bersemuka dengan dirinya.

“Pandangan di dunia bagi kedudukan di Akhirat. Masa buat video saya dah tanya isteri saya dan diri saya sendiri yang saya mahu buat video ini dalam bentuk cabar mencabar ke, majlis ilmu ke atau sekadar untuk buah fikiran. Jadi saya pilih untuk beri buah fikiran.”

Mengakui bahawa dirinya hanyalah manusia biasa yang juga melakukan kesalahan, Ustaz Don turut meminta maaf kepada semua pihak jika apa yang diperkatakan dalam video kenyataan balas itu adalah dianggap salah.

Jika mahu mendengar penjelasan penuh oleh Ustaz Don, anda boleh klik video di bawah.

Post by Mohd Ismail Maidin.
The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×