berita

‘Ustaz Tahu Hati Kalian Terguris’ – Kata Maaf Da’i Wan Buat Faiz Roslan

May 22nd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Video parodi Faiz Roslan dan 2 lagi rakannya menjadi isu hangat di media sosial. Rata-rata netizen menghentam tindakan mereka menyerupai wanita seksi dan dimuat naik ke media sosial pada bulan Ramadan.

Untuk menjernihkan semula situasi, Faiz Roslan dan 2 lagi rakannya dijemput ke sebuah rancangan Astro bertemu dengan Da’i Wan Dazrin dan PU Azman. Pertemuan antara mereka telah menjernihkan semula perbalahan yang telah berlaku, tempoh hari. Ini kata-kata ‘cinta’ Da’i Wan Dazrin buat Faiz Roslan dan rakannya.

Saya tahu hati mereka berkocak

Mereka hadir membawa senyuman ketika bertentangan dengan saya tadi. Namun saya tahu hati mereka berkocak, tidak keruan mahu membuat apa. Saya santuni dengan salam. Saya kata jangan takut. Saya tidak memarahi kalian pun. Mereka senyum balik tapi mata masing-masing tidak terarah menunjukkan kegementarannya. Pertemuan ini adalah suatu yang dinantikan bagi semua yang mengikuti perkembangan kita.

Saya harap dari saat teguran saya sampailah ke hari ini, ia menjadi titik kesedaran dan kekesalan yang mendalam buat kalian dan akan kalian ingat sampai bila-bila. Kalian pilih untuk berasa takut kerana Allah dan cuba untuk tidak mengulangi lagi. Sekaligus apa yang terjadi mengajar kalian sebelum bertindak sesuatu maka berfikir dengan panjang. Sebagai umat Islam. Saya sayangkan kalian kerana Allah. Saya nak kalian gunakan medium yang kalian ada sebagai jalan kreativiti yang membina dan menjana minda masyarakat. Ia bukan sahaja membuahkan faedah bahkan pahala lagi dan itulah kunci untuk kita ke syurga Allah swt.
. .
Untuk kalian bertiga:.
. .
Sebelum Ust pulang tadi, Ust sempat minta maaf pada kalian bertiga andai kata dalam ketegasan Ust menegur kali ini Ust mengguris hati kalian, walaupun Ust memang dibenarkan untuk berbuat demikian dan itulah cara yang terbaik untuk sampai ke tahap ini dan kalian akhirnya sedar. Ust datang sendiri & bawa diri Ust utk bersalaman dengan kalian. Itu tanda Ust cuba untuk mencipta kasih dalam berbelah bahaginya hati kalian. Ust cuma nak bagitahu yang Ust sayangkan kalian yang masih muda ini. Jadilah manusia yang bermanfaat. Umur masih panjang. Biarkan ia diiringi dengan keberkahan.
. .
Yang benar, seorang hamba yang menasihati hamba-hamba yang lain demi untuk syurga Ilahi.

Semoga diberi hidayah

Jumpa ustaz Wan tak ada masalah pun

Sumber: Da’i Wan Dazrin

SKIP THIS AD ×