berita

[VIDEO] 12 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Perkongsian Edika Yusof Buat Ramai Netizen Sebak!

August 12th, 2017 | by Shafika | 12 comments
126.8K
reads
56.4K
shares
Kini Trending

Nama Edika Yusof pernah pernah menjadi satu nama yang besar dalam industri perfileman negara. Beliau pernah memegang watak utama dalam filem Maria Mariana. Selepas berkahwin, Edika dikatakan telah menyepikan diri dalam dunia lakonan kerana menjaga isterinya yang lumpuh.

Perkongsiannya bersama Sinar Fm kali ini membuatkan ramai netizen sebak. Bayangkan, beliau menjaga isterinya selama 12 tahun dengan penuh kesabaran tanpa pernah merungut. Respect!

12 tahun jaga isteri

Buat pengetahuan korang, isteri Edika mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka. Akibat penyakit itu, Edika yang menjaga isterinya sepenuh masa kerana isterinya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Menerusi perkongsiannya bersama Sinar Fm, beliau menghadapi dugaan hidup ketika isterinya disahkan stroke dan lumpuh. Isterinya tidak dapat bercakap dan mendengar dengan baik. Beliau tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU kerana merasakan isterinya seorang yang normal.

Tidak terfikir untuk berkahwin lain

Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat ” Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun sehingga sekarang. #SinarKongsi

Edika tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain kerana beliau merasakan perkahwinan kedua bukan jalan penyelesaian terbaik. Beliau bersyukur dikurniakan seorang isteri yang cukup tabah.

Beliau turut memesan kepada suami di luar sana agar tanggung susah senang bersama isteri. Anggaplah isteri sebagai soulmate bukannya sebagai maid.

Sumber : SINAR

 

12 Comments

  1. Kita milik Allah says:

    Alhamdulilah..respek pd edika yusuf.sy akui ssah nk jmpe lki sbegini lg.sy doakn moga Allah bri kkuatan dan ksabaran pd edika ats ujian ni.Dia yang Maha Mengetahui.Allahuakbar

    • jamilaj says:

      Terlalu Agung Kesetiaan n Keiklasaan .yang di anugerahkan.Dari…ALLAH..kpd mu insan yg Bernama EDIKA .
      ISTERI ADALAH AMANAH ALLAH.

  2. pemerhati says:

    Kepada suami2 sekalian, sila dengar suami mithali @ Edika Yusuf tu ckp apa..

  3. jamilah says:

    Terlalu Agung Kesetiaan n Keiklasaan .yang di anugerahkan.Dari…ALLAH..kpd mu insan yg Bernama EDIKA .
    ISTERI ADALAH AMANAH ALLAH

  4. jamilah says:

    Terlalu Agung Kesetiaan n Keiklasaan .yang di anugerahkan.Dari…ALLAH..kpd mu insan yg Bernama EDIKA .
    ISTERI ADALAH AMANAH ALLAH swt.

  5. anon says:

    Dahlah hensem, baik pulak. Untungnya bini dia.

  6. Momi says:

    Ala korang…. Memang la seronok kan baca cerita lelaki2 budiman ni. Semua wanita berangan2 nk dpt suami setia.macam lah korang boleh setia jika suami korang yg sakit berbelas thn dan tak mampu jlnkn tugas sbg suami! Sbb tu banyak je kes bini tuntut fasakh dek laki sakit. Bila laki kawin lain dek bini sakit,korang kata kejam kan?
    Tapi hakikatnya ada juga suami yg mampu simpan saja niat nk kawin lain tu krn belum mampu utk kawin lain. Apapun moga awak diberi kesabaran /kekuatan utk urus isteri yg dicintai.

    • anna says:

      First of all, bini dia sakit tu pon sebab beranakkan anak dia jugak…klu dia tinggal bini or kawen laeb nampaklah douchebag..Apapun thumbs up sebab mampu jaga bini.

    • Lelaki says:

      Spot on momi

  7. Elyssa says:

    Pernah jatuh cinta dengan Edika Yusof masa zaman sekolah dulu!! Speechless bila dengar kata2 dia…semoga Allah permudahkan dan memberi seribu rahmat untuk Edika Yusof dan isteri..kekal bahagia hingga ke Jannah…ameen

  8. kaki tabur says:

    kurangkan tengok drama melayu…sebab drama melayu merosakan minda

  9. Norhabibah Ahmad says:

    Moga tabah &isteri dberikan kesembuhan?