berita

[VIDEO] Aksi Lucu Ernie Gayat Sepanjang Raptai AJL 32

February 15th, 2018 | by Amat
Video Popular

Terlebih dahulu team Oh Bulan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasangan duet Syamel dan Ernie Zakri kerana telah membawa pulang gelaran vokal terbaik di AJL 32. Masih menjadi fenomena dalam kalangan peminat yang tidak dapat melupai persembahan pasangan duet ini.

Malah, persembahan ini dilengkapi dengan set anak tangga yang besar dan gah ditengah pentas membuatkan penyanyi Ernie merasai sesuatu yang menakutkan. Gelagat comel penyanyi ini mendapat perhatian peminat melihat aksi Ernie dan Syamel semasa raptai berlangsung.

Aksi comel Ernie di tangga

Ramai dalam kalangan kita mengagumi persembahan Ernie dan Syamel ini semasa menyanyi di atas set anak tangga yang tinggi. Kalau korang nak tahu, Ernie seorang yang gayat dan takut pada ketinggian.

Ini rakaman menunjukkan Ernie cuba berkali-kali membiasakan diri dengan ketinggian. Sehingga dia perlu berhati-hati semasa melangkah turun ke bawah sambil mengenakan kasut bertumit tinggi.

Meremang bulu roma

Jika korang perasan, sepanjang persembahan kelihatan Ernie sering berpaut pada pemegang tangga ketika menuruni anak tangga sambil menyanyi. Kelihatan sepanjang persembahan Ernie berjaya mengatasi masalah ketakutannya ini.

Ernie kena ‘dera’

Gelagat Ernie ini mendapat respon baik dari peminat yang mengagumi lontaran vokal persembahan Aku Cinta. Sepanjang raptai berlangsung, Syamel kelihatan memujuk dan memberi semangat buat Ernie untuk mengatasi ketakutan tersebut. Mujur, tiada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

Credit: Youtube Ewan McJawer

Most Read Today