Penyanyi dan pelakon Amira Othman berkongsi mengenai perubahan yang dialaminya ketika ini apabila sedang melalui fasa akhir kehamilan.

Artikel Berkaitan: Amira Othman & Fattah Amin Tidak Datang Berpakej, Sibuk Bekerja Sepanjang Ramadan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Lancar Mengaji Al-Quran, Netizen Puji Pakej Lengkap – ‘Suara Pun Merdu, Menantu Siapalah Ni’

Perubahan ketika hamil

@monalizajantan

Jom Support LIVE @Amira Othman @Rissaskin

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

Menerusi perkongsian ketika sesi siaran langsung di TikTok, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, berkata, fasa akhir kehamilan yang sedang dilaluinya bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia berdepan pelbagai ketidakselesaan dalam menjalani rutin harian.

Pengalaman itu juga membuatkan Amira lebih menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan anak.

Nak tidur susah, duduk tak kena, bangun tak kena, baring tak kena.

Sekarang saya faham kenapa syurga di bawah tapak kaki ibu. Bukan senang perjalanan (kehamilan).

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Hati-Hati ini juga berharap agar proses kehamilan dan bersalin dipermudahkan oleh Allah SWT.

Lain orang lain pengalaman, kita harap yang baik-baik dan dipermudahkan semuanya.

Sebelum ini, spekulasi mengenai kehamilan Amira mula menjadi perhatian apabila penampilannya yang didakwa jelas menampakkan ‘baby bump’.

Bagaimanapun, Amira ketika itu memilih untuk tidak mengulas lanjut, sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Namun, pada April lalu, Amira akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Untuk rekod, Amira dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Sumber: TikTok