berita

[VIDEO] Artis Cilik Alyssa Dezek Jadikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Role Model Dalam Industri Seni? Siapa Adik Comel Ni?

June 6th, 2018 | by Rudy
Kini Trending

Siapa artis kecil molek ni? Muka macam ada mix je. Ha kalau korang nak tau inilah Aryanna Alyssa Dezek, adik ni merupakan penyanyi, pelakon, dan katanya pandai buat silap mata.

Wah! Siapa sangka artis cilik ni ada banyak kelebihan, orang kata added value dalam industri seni tanah air kita. Tapi mesti korang nak tau juga apa reaksi adik Alyssa bila diterjah dengan soalan dari wartawan Hispter Bucket kitorang ni..Jom usha sikit.

Comel je cara dia jawab, ada potensi pergi jauh adik Alyssa ni. Ha! Mak Cik Bawang kat luar sana tu jangan nak cari kelemahan orang pulak yer. Doa yang baik-baik je dekat adik kita ni, sebab dia ni nanti akan jadi pelapis dalam industri seni kita tau.

Korang pun mesti nak tau juga macam mana lakonan adik Alyssa ni kan? Ha! Kebetulan adik Alyssa ni memegang watak dalam Drama Baru 2018 Patahnya Sebelah Sayap – Istimewa Ramadan Raya by NIVEA.

So jangan lupa sama-sama tonton dan saksikan sehingga episod akhir sebab ada mesej yang korang perlu ‘hadam’ iaitu “Selembut Salam Kemaafan”. Sekali lagi stand by depan kaca tv setiap Selasa bermula 22 Mei 2018 jam 9.50 malam hingga 10 malam.

Dah tengok jangan lupa komen membina dekat IG adik Alyssa ni tau.

#Psst, sempena bulan yang mulia ni kami dari OHBULAN! dan NIVEA Malaysia nak pohon kemaafan dan kami dokan korang semua bahagia disamping keluarga sepanjang bulan ramadan dan syawal nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!!!

The following two tabs change content below.

Rudy

Content Champion at Rev Asia Berhad
"Anda Tahu Dan Sedar Apa Yang Anda Baca, Tapi Bagaimana Penyampaian Yang Anda Pilih, Itu Pengukur Peribadi Anda"

Most Read Today