berita

Aizat & Yuna Berganding Dalam MV Dwihati, Klasik

May 22nd, 2013 | by Ai
Video Popular

Aizat Amdan

Dua penyanyi hebat, Aizat Amdan dan Yuna akhirnya melancarkan video klip rasmi mereka berjudul Dwihati.

Secara umumnya, lirik lagu Dwihati ini telah ditulis oleh Aizat sendiri bersama Noh Salleh dari kumpulan Hujan, manakala komposernya pula merupakan hasil sentuhan kreatif abang Aizat sendiri iaitu Anas Amdan.

Sejak video ini dimuat naik menerusi laman Youtube semalam (21 Mei 2013), ramai antara penonton telah memberikan respon yang positif serta menganggap video tersebut terlalu berseni dan menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Respon positif

Yuna dalam video klip Dwihati

Penampilan Yuna dikatakan sangat cantik dan menarik

Meskipun video ini berentak perlahan, akan tetapi melodinya sangat enak untuk didengar, tambahan pula konsep klasik yang ditonjolkan oleh Syahir Ismail dan Ili Amdan sangat memenuhi citarasa penonton.

Bagaimanapun, jom layan video klip Dwihati selepas ini :

SKIP THIS AD ×