berita

[VIDEO] Beli Lauk Ikan Di Bazar Ramadan Tapi Bila Nak Berbuka…Penuh Ulat!

June 8th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ulat

Hari ini genap 3 hari umat Islam khususnya yang tinggal di Malaysia berpuasa. Bila puasa ni, antara aktiviti mesti buat menjelang berbuka ialah pergi ke bazar untuk mencari makanan kegemaran. Segala jenis kuih muih, lauk pauk dan air ada dijual.

Tapi yang tak bestnya bila ada aduan daripada pengunjung yang mengatakan mereka ‘terkena’ bila lauk yang dibeli basi dan ada ulat! Aduhai, tak elok buat macam ni.

Terkilan

Assalamualaikum kawan2 fb semua..sebelum tu saya minta maaf andai video saya nie tidak menyenangkan mana2 pihak..motif viral saya pada video ni bukan nak jatuhkan peniaga melayu diluar sana cuma sekadar perkongsian pengalaman saya sebagai seorang pembeli maksud pembeli disini saya membeli dengan wang bukan saya ambil FOC

Bila sebut pasal wang ni..saya sedikit terkilan dgn peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ni..kenapa saya terkilan??kawan2 semua boleh tgk sendiri video serta gambar yang sy kongsikan ni..saya xmau cakap lebih2 apa yg saya tau TOBAT LAHOM sy xkan beli di tempat tu lagi.

Ulat bergerak-gerak lagi!

Dimaklumkan lelaki ini berbelanja di bazar ramadan sekitar Kuala Nerang Terengganu. Harap peniaga lebih berhati-hati dan jujur dalam perniagaan.

Sumber : Alias Ismail

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today