berita

[VIDEO] Berlagak Ada Kakak Artis, Sharifah Sakinah Imbau Kenangan Curi Baju Nak Melaram. Kelakar!

March 14th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Siapa tak kenal dengan Sharifah Sakinah, pelakon yang terkenal dengan personalitinya yang gila-gila dan tidak mengendahkan cakap-cakap orang kepadanya. Selain dirinya, dua kakaknya, Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah terlebih dahulu bergelar pelakon sebelum dia mengikut jejak langkah sama.

Namun, tidak ramai yang tahu kenangan Sakinah membesar dengan kakak-kakaknya yang boleh tahan mencuit hati. Perkara itu didedahkan dalam satu video diterbitkan portal tonton di Instagramnya, baru-baru ini.

Ajuk cara kakak bercakap

https://www.instagram.com/p/BgNhp7PBjMU/?taken-by=sharifah_sakinah

Video itu antara lain menunjukkan Sakinah mengajuk cara percakapan dua kakaknya itu dan meminta penonton meneka siapa yang diajuknya. Nyata cara percakapan saling tak tumpah sama! Kelakar habis!

Selain itu Sakinah turut berkongsi pengalamannya yang ‘berlagak’ di depan rakan-rakannya kerana mempunyai kakak artis. Katanya lagi, dia ‘berlagak’ dari sekolah rendah sehinggalah beranjak ke sekolah menengah.

Tidak  sekadar itu, pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka ini juga mengimbau kenangannya ‘mencuri’ baju kakak-kakaknya untuk melaram ketika keluar.

Sumber:Tonton, Sharifah Sakinah 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×