berita

[VIDEO] ‘Boleh Tahan Suara’ – Muatnaik Video Cover Di Youtube, Fathia Latiff Mahu Jadi Penyanyi?

November 23rd, 2017 | by Ai
Kini Trending

Walaupun sering dilanda dengan isu kontroversi yang tidak berkesudahan, namun perkara tersebut tidak menghalang Fathia Latiff untuk mengembangkan karier seninya kini ke bidang nyanyian. Sudahlah cantik, pandai berlakon dan kini ingin menyanyi pula.

Terbaru, komposer NAR Records dan gitarist ImNeeta, Patrick Anohada telah memuatnaik musik video nyanyian Fathia di laman Youtube. Video tersebut menunjukkan Fathia menyanyikan semula lagu New Rules daripada Dua Lipa. Video itu mendapat komen positif daripada netizen yang mengatakan nyanyian Fathia agak baik.

Macam penyanyi profesional

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WBGITqUzpdY]

Fathia turut berkongsi teaser video tersebut di akaun twitter untuk tontonan peminatnya.

Terkejut dengan kebolehan nyanyian Fathia

Tidak seperti kebiasaannya, video kali ini mendapat respon yang positif daripada para netizen. Kebanyakkan mereka terkejut serta memuji suara dan nyanyian Fathia yang agak baik itu. Admin harapkan supaya banyak lagi usaha-usaha seperti ini daripada Fathia supaya dia lebih dikenali sebagai artis serba boleh daripada digelar artis kontroversi.

Sumber: Patrick Anohada, Fathia Latiff

SKIP THIS AD ×