berita

[VIDEO] Cara Tepat Penyelamat Bawa Keluar & Keadaan Terkini Mangsa Gua Tham Luang

July 13th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Beberapa hari lepas, 12 orang pasukan bola sepak remaja Thailand termasuk seorang jurulatih telah berjaya dikeluarkan dari gua Tham Luang dengan selamat. Di dalam operasi ini, difahamkan seramai 100 orang terlibat termasuklah penyelam dan pakar gua dari seluruh dunia.

Di Facebook, individu ini berkongsi keadaan semasa mangsa dan cara bagaimana anggota penyelam menyelamatkan mereka.

Suasana semasa operasi dijalankan

UPDATE FINALE – Hello geng.. okay ini maybe last update aku share pasal operasi SAR bebudak dgn coach dorang yg terperangkap dalam Gua Luang Thailand almost 2 weeks.. fuhh.. cuti semester 2 weeks pun kita boleh tambah berat badan makan tidur kat rumah atau g travel.. dorang ni hmm.. kesian.. semua makin susut.

*So far, ini adalah video yg bagi aku paling ringkas paling pendek..bawah 3 minit.. korang boleh usha ada banyak lagi video2 lain siap full coverage story 30-45 minit video.. tapi aku ni jenis kedekut data hahaa..lg pun aku cuma nak tahu apa yg aku nak tahu sahaja.. interview2 dgn sapa2 semua aku taknak tahu buat masa ni.

*video 1 – sumber News BBC.. dia bgtau BAGAIMANA secara tepat team rescuer bawa dorang keluar.. sebelum ni aku ckp maybe guna plan asal.. budak tu pakai full mask dan dive sekali.. dorang sebut DIVE BUDDY..

*semalam Thai NavySEAL dah release footage gambar2 dan video rasmi untuk official media release ..suasana semasa operasi dijalankan.. YES, untuk semua agensi media guna pakai for their content. sbb selama ni byk laporan tidak rasmi dan FAKE NEWS

*setiap mangsa diberi sedatif.. utk bg dorang tidur/tak sedarkan diri sepanjang pergerakan dari lokasi ditemui sampai lah keluar, naik ambulans, naik helikopter dan taraaaaa sedar2 dah sampai hospital. Kalau korang alert dgn news dan info sebelum ni, bebudak ni langsung tak tahu berenang dan bagi mengelakkan dorang panik gelabah dan menyusahkan kelak, kita kasi dorang tidur.

Infografik cara keluarkan mangsa

Infografik – cara bawa keluar mangsa terperangkap

Keadaan kanak-kanak di dalam wad

Buat masa ni ahli keluarga sahaja yang dibenarkan masuk melawat. Itu pun tengok dari luar cermin. Bertabahlah! Yang penting semua selamat

*sekali aku kepilkan infografik paling terkini yg aku kutip kat internet.. dorang guna stretch, kasi sedatif utk tidurkan mangsa.

*video no 2 tu.. paling latest (semalam) bebudak dalam isolated ward ramai2 angkat tangan, ada yg tunjukkan jari tanda aman..peace yo! – sedih pulak dorang tak dpt pergi final world cup..

*isolated ward tu mende wey? wad kuarantin yg di asingkan dr org luar termasuk keluarga ..mcm aku share hari tu.. NO HUG NO TOUCH dgn sesiapa at least 7 hari.. maybe dorang boleh buat scene yg sentuh tapak tangan sebalik kaca mcm babak2 dkt penjara tu dlm drama/movie..takpelah yg penting selamat semua kan?

*FAKE NEWS / RUMOURS – ok ni menda yg paling aku cuba elak setiap kali buat posting.. nak2 lagi disertakan dgn sentimen agama.. kalau korang perasan ada 2 video yg di VIRAL kan dgn penuh kompiden level 999 tapi tak tahu pun sumber serta detail kejadian.. satu video diver tgh tolak tangki oksigen tempat sempit tu.. video kedua para divers usung stretcher dgn mangsa pakai sedatif.. dua2 tu footage berasingan.. tak sama.. lepas aku buat kajian forensik lah.. kalau salah tolong betul kan.. footage tu dari operasi SAR kat gua US sekitar tahun 2010.. dah terang2 ckp keadaan air dlm gua thai ni gelap penuh lumpur dan pasir..ZERO VISIBLITY..xnampak apa weyy.. rajin pulak dorang nak buat color correction masa edit video tu! tapi kalau caption masa upload video tu..”mungkin ini cara team rescue buat kerja atau, inilah contoh2 kesukaran yg dihadapi oleh para rescuer”.. then aku boleh la terima.. dah lah fake news, kompiden pulak tu .

*tu belum lg sesiapa yg dpt whastapp kronologi berantai, konon dlm gua dorang jumpa tok janggut putih selamatkan dorang.. lepas tu ada sorang diver peluk Islam masa selam dgr azan.. mana korang dpt cerita2 ni??? ok aku stop sini benda ni nanti jadi isu sensitip..this for sure! tp point aku..sudah2 la viral benda yg ko pun tak tau.. kalau Mat Dan suka ckp hashtag #JanganBuatBijok.. haa gitu.

*weyyy panjang aku membebel hahahaaa.. lukis kan senang! ok harap semua selamat! minta maaf salah silap terkurang terkasar bahasa ke apa..emo kejap Croatia menang smlm hahaha yes!

Sumber : Ama Risa Rosales

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×