berita

[VIDEO] Da’i Wan Sibuk Persiapan Dan Bakal Menikahi Rakan Sekelas

February 23rd, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Siapa yang tidak kenal Da’i Wan Dazrin, seorang penceramah bebas dan pendakwah. Namanya mula dikenali sejak menyertai salah sebuah program realiti dakwah tempatan. Dia juga seorang yang lantang bersuara pendapat mengenai isu-isu yang tular dalam masyarakat kita.

Baru-baru ini, dia memuat naik gambar kad perkahwinan bersama bakal isteri di laman Instagram. Malah, dia juga turut menjemput kenalan dan peminat untuk ke majlis perkahwinannya di Jitra, Kedah. Terbaru dia sempat berkongsi rakaman video yang sedang sibuk di butik dalam menyediakan persiapan perkahwinan yang tidak lama lagi.

Undangan majlis

Malah, Da’i Wan turut menjemput rakan handal dan peminat untuk ke majlis perkahwinannya disebelah mempelai perempuan.

Persiapan kahwin

https://www.instagram.com/p/BffcVMejOi3/?hl=en&taken-by=wandazrin

Sempat pula bakal isteri Da’i Wan mengusik ketika dia sedang meneliti busana buat pasangannya di butik. Manis sungguh kapsyen Da’i Wan di twitter, sempat lagi ugut bakal isteri untuk report kepada umi, bakal mertuanya.

Senyuman yang sama

Tapi tahukah korang, Da’i Wan akan bernikah bersama Syahirah Zamzari, rakan sekelas semasa menuntut di bangku sekolah rendah dahulu. Perkenalan mereka terjalin sejak tahun 2005 lagi semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jitra 3.

Akhirnya jodoh menemukan mereka untuk menjalin satu ikatan yang sah disisi agama. Kami mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke jannah.

Credit: Instagram Da’i Wan

SKIP THIS AD ×