berita

[VIDEO] Dua Tahun Tidak Bertemu, Kejutan Untuk Ibu Ini Buat Netizen Bergenang

June 21st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Antara perkara yang paling ditunggu-tunggu pada hari raya mestilah berjumpa dengan anak-anak yang jauh di perantauan. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anak tersayang berada di depan mata.

Seperti video yang viral di Facebook ini, netizen sebak melihat seorang ibu memeluk erat anak lelakinya yang sudah dua tahun terpisah. Sebelum ini, dia hanya menghubungi anak yang belajar di Yaman itu menerusi Whatsapp.

Hampir dua tahun berpisah

Surprise untuk mak tersayang!

Misi petang ni berjaya juga.Hampir 2 tahun mak tak jumpa adik Sulhi Shafie yang belajar di Yaman. Hanya W.App penghubung berita. Hari-hari sebut nama sulhi.. Dari raut wajah kami boleh nampak betapa saratnya RINDU seorang ibu

Tapi hari ni kami terbangkan dia dari yaman khas untuk berjumpa dengan mak tersayang

Banjirrrr

Update: Mak tak tau pun dalam kereta ada adik sulhi. Kami suruh mak ambik Mishary (anak Kak Fea) dalam keta, kononnya mishary tido, sekali buka pintu kereta, Adik sulhi yang keluar. Mau tak terkejut mak.Sebab mak ingat sulhi taun depan baru boleh balik

#HargaiMerekaSelagiMerekaMasihBernyawa
#PulanglahSebelumTerlambat

Tumpang sebak

Sumber : Sofea Shafie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×