berita

[VIDEO] ‘Gerak Lu Pape Roger, Merecik’ – Netizen Ajar Mat Saleh Cakap Melayu, Video Ini Buat Kami Berdekah!

December 9th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Dengan kecanggihan teknologi masa kini, dunia benar-benar berada di hujung jari. Satu dunia boleh berhubung dalam dengan adanya liputan Internet. Senang kan? Beribu-ribu batu berjauhan pun masih boleh berinteraksi, bukan setakat kawan-kawan, orang yang tak pernah dikenali pun boleh.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Viral Video Lucu Wanita Cover Lagu Crush, Ini Respon Kelakar David Archuleta

‘Keramahan’ netizen Malaysia memberi tutorial percuma kepada seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Danny Medina membuatkan lelaki itu tertarik dan terus mengaplikasikan ‘pelajaran’ diterima. Warga Twitter nyata teruja dengan kecepatan Danny ‘pick up’ beberapa istilah sehingga menimbulkan kelucuan.

Bermula dengan satu komen

Danny membalas satu ayat menyapa rakyat Malaysia di video David Archuleta yang memberi respon video peminat yang menirunya. Kemudian seorang netizen perasan satu ‘peluang’ untuk mengajar pelajaran percuma kepada Danny yang mungkin tidak pernah tahu pun kewujudan Malaysia sebelum ini.

Gerak lu pape roger

Pape la bro, pale tu otak hang!

Siap ada video lagi!

Video tersebut menunjukkan Danny bersalaman dengan rakan-rakannya dan meminta diri dengan cara paling Malaysia, gerak lu pape roger! Walaupun sedikit pelat, namun sebutan Danny kedengaran agak natural untuk seorang mat saleh!

Dia pandai guna merecik juga

Tukar nama ke Danny Malaysia

Nak lepak makan laksa penang on x on?

Lepas tu mamak pula

Diiktiraf rakyat Malaysia oleh netizen

Dah boleh jadi dak-dak rempit

Sumber: Danny Malaysia

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today