berita

[VIDEO] Ibu Neelofa Pecah Rahsia Di Surprise Birthday Yang Ke-29!

February 7th, 2018 | by Shafika | 0 comments
Kini Trending

Jika diimbas kembali tahun lepas,  sambutan hari jadi selebriti popular, Neelofa mendapat perhatian ramai netizen. Mana taknya, Swarovski telah menghadiahkan kek mewah bernilai RM20k. Memang bertuah sungguh! Agaknya apa kejutan istimewa buat Neelofa tahun ini ye?

Malam semalam, peminat dan keluarganya telah membuat kejutan hari lahir lebih awal dari tarikh sepatutnya, 10 Februari di set program Meletop. Memang meriah habis!

Meriahnya!

 

Untungnya Neelofa

Nak masuk 30 tahun

Ibu Neelofa pecah rahsia?

Neelofa telah menerima dua biji kek serentak yang dihiasi dengan hiasan yang cantik. Keluarga Neelofa turut hadir ke set Meletop semalam untuk meraikan hari jadinya. Memang terkejut habis lihat riak wajah Lofa yang kelihatan terharu dengan kejutan di luar jangkaannya itu. Apa apa pun kami di Ohbulan! mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Neelofa. Semoga terus berjaya dalam mengharumkan nama Malaysia.

Sumber : Meletop

Most Read Today