berita

[VIDEO] Ini Selalu Terjadi Bila Balik Kampung Beraya Dengan Kawan-Kawan

May 31st, 2018 | by megat syamim
Kini Trending

Mesti seronok bila balik ke kampung untuk beraya dengan kawan-kawan? Boleh nyanyi lagu raya sama-sama dalam kereta dan kalau penat, boleh gilir-gilir pandu kereta.

Tapi kalau dah ramai orang, memang banyaklah ragamnya. Video kali ni admin nak share kisah 3 orang sahabat yang pulang ke kampung untuk beraya. Hehehe lawak betul la diorang ni.

Haha macam-macam hal la diorang ni. Mesti ada antara korang pun ada pengalaman macam 3 orang dalam video ni kan? Bila dah masuk highway, masa tulah korang nak buang air. Haish! Sabar jelah.

Tapi, dalam keseronokan balik ke kampung untuk beraya dengan kawan-kawan, jangan sesekali korang lupa untuk check kondisi kereta korang tu. Check tayar tu elok lagi ke tak, cukup ke anginnya?

Jangan nanti bila dah kat jalan raya, masa tulah kereta korang meragam.

 

Semoga perjalanan korang ke destinasi yang ingin dituju berjalan dengan lancar dan selamat. Ingat! Utamakan keselamatan di jalan raya ya. Selamat pulang ke kampung dan Selamat Hari Raya!

The following two tabs change content below.

megat syamim

"Kadang-kadang kita kena lepaskan benda yang baik, untuk dapatkan yang lebih baik."

Most Read Today