berita

[VIDEO] Kejutan Faizal Tahir Untuk Kanak-Kanak Ni, Confirm Buat Korang Sebak..

June 12th, 2018 | by Bieha
Kini Trending

Katanya, kedatangan Faizal Tahir ke Pavilion, Bukit Bintang Jumaat lalu menyebabkan kekecohan, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak. Eh, apa sebenarnya yang jadi ni?

Haa..kalau korang nak tahu, pada pukul 6 petang, 8 Jun 2018 haritu, Faizal Tahir telah datang dan membuat kejutan kepada 10 kanak-kanak istimewa dari Tadika Istika Jaya dengan membawakan mereka hadiah.

Sebenarnya, ini adalah salah satu kolaborasi antara Faizal Tahir dengan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk menyampaikan mesej “terima kasih” kepada khalayak ramai. Nak tahu apa lagi yang berlaku pada hari tersebut? Jom baca ni…

Gimik khas di skrin gergasi

Sebelum ini, Faizal Tahir dah pun berkunjung ke Tadika Istika Jaya dan mendekati kanak-kanak yang kehilangan upaya pendengaran ni. Tapi, beliau agak sedih dan terkilan sebab tak dapat berinteraksi secara langsung dengan mereka memandangkan mereka tak dapat mendengar.

Kanak-kanak ni tak kenal pun siapa sebenarnya Faizal Tahir ni, tapi mereka tetap positif dan terima kunjungan lelaki yang mereka panggil Uncle Faizal Tahir ni dengan ceria dan berbesar hati. Selepas meluangkan masa dengan kanak-kanak comel ni, Faizal merasakan dia mahu berikan yang lebih lagi kepada mereka dan mengajak Media Prima untuk berkolaborasi melalui kempen Terima Kasih tahun ini.

Gimik dimulakan dengan kanak-kanak istimewa ini dan keluarga mereka dibawa ke kawasan air pancut berhadapan Pavilion, seterusnya bermulalah tayangan dokumentari muzik dihasilkan bersama Faizal tahir yang dipaparkan di skrin gergasi Pavilion Elite. Kat bawah ni kami kongsikan dokumentari muzik penuh. Check it out, guys!

Pada mulanya, kanak-kanak Tadika Istika Jaya termasuk keluarga mereka ni tak tahu pun yang Faizal Tahir akan datang pada hari tersebut. Mereka hanya hadir sebagai memenuhi undangan berbuka puasa dari Media Prima. Namun, apabila tayangan selama 2 minit 30 saat itu tamat, mereka dikejutkan dengan kehadiran Faizal Tahir yang membawa permainan dan hadiah khas untuk mereka.

Memang comel dan terharu betul moment ni tau. Admin pun tahan je air mata bila tengok anak-anak istimewa comel ni senyum dan happy sangat! Korang tengoklah video kat bawah ni. Mesti korang pun sebak.

Sepanjang majlis ni berlangsung, boleh nampak keriangan dan senyuman kanak-kanak ni yang tak putus-putus, sebab gembira apabila ada insan yang menghargai dan menerima mereka. Memang manja betul adik-adik comel ni dengan Uncle Faizal Tahir diorang yang tak jemu-jemu melayan.

Kempen ni bukan saja dpat mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga kanak-kanak ini, tetapi dapat juga membuka mata masyarakat untuk mendekati golongan kanak-kanak istimewa tersebut.

Memetik perkongsian Faizal Tahir tentang kolaborasi ini, “Pengalaman ini telah membuka mata dan hati saya bahawa kita perlu sentiasa bersyukur. Kita selalu berfikir yang usaha seperti ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka tapi hakikatnya, kita akan sedar bahawa merekalah sumber inspirasi dan motivasi yang sebenar. Saya berterima kasih kepada anak-anak ini yang telah berkongsi momen istimewa bersama kami”.

Semoga lebih banyak kempen murni seperti ini diadakan dan syabas buat Faizal Tahir dan Media Prima!

Haa..sebelum tu, admin nak share kat korang video ucapan Hari Raya buat semua pembaca OHBULAN! Enjoy! 

Most Read Today