berita

[VIDEO] ‘Khas Buat Netizen Suka Kutuk & Mencaci Ciptaan Allah’- Isteri Dikutuk Tak Cantik, Ini Respon Sinis Izzue Islam

June 19th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Bila tibanya hari raya, sebaik-baiknya kita sebagai umat Islam seharusnya bermaaf-maafan serta berkelakuan baik sempena meraikan ‘kemenangan’ ramadhan. Namun berbeza pula bagi pelakon dan penyanyi kacak, Izzue Islam apabila terpaksa menahan marah di bulan Syawal apabila isterinya dikutuk kerana tidak cantik.

Suami mana yang tidak naik angin apabila orang tidak dikenali sesuka hati melemparkan cacian sebegitu rupa pada orang tersayang. Sebelum ini juga Izzue pernah menghadapi isu yang sama, sebagai manusia biasa Izzue turut punyai tahap kesabaran sendiri. Lihat respon sinis Izzue khas ditujukan untuk netizen yang suka mencaci.

‘Muka buruk macam ni baru lah lawa..’- Izzue Islam

Terdahulu, Izzue meluahkan perasaan sedihnya di media tempatan apabila isteri, Awin dikutuk netizen oleh kerana paras rupanya. Berhubung dengan isu itu, malam semalam Izzue telah memuat naik rakaman video bersama isterinya ketika membeli-belah. Di samping itu, ramai memberi sokongan dan mengatakan bahawa Izzue dan isteri merupakan antara pasangan selebriti kegemaran ramai. Tambah mereka lagi, mengutuk Awin seolah-olah mengutuk ciptaan tuhan.

Pantun untuk yang suka mencaci

PANTUN BUAT SI JARI LADA
.
Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari dia makan roti,
Hari raya pon masih ade orang mencaci,
Guna fake acc untuk selindung diri.
.
Main mercun sambil menari,
Raya pertama hidang kari,
Janganlah begini sedara sedari,
Kalau tak dimaafkan seksa diakhirat nanti.
.
Terlebih berbisa tutur bicaranya,
Dilontar tajam menikam sipembaca,
Hati sedih tiada siapa yang rasa,
Penat melayan kerenah si jarilada.
.
Ada mata lihatlah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kasih sayang,
Barulah semua hari tenang.

Sumber: Instagram Izzue Islam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×