berita

[VIDEO] Kisah Din Minta Maaf Dalam Iklan Raya TNB Ni Sumpah Kelakar Tapi….. #LepasTu

June 24th, 2016 | by Epul
Kini Trending

DP TNB Raya

Ramadan yang mulia kini sudah hampir menutup tirainya, dan kita sebagai orang muslim semestinya sedih akan meninggalkan bulan yang penuh barakah ni.

Korang rasa la kan bulan ramadan kali ni tercapai tak matlamat yang kita nak target waktu awal-awal nak masuk bulan puasa ni? Kalau berjaya alhamdulillah dan teruskan konsisten tau.

Buat yang rasa-rasa tak tercapai target tu maka muhasabah la diri kita dan tanya dalam diri sampai bila? Masih adakah kesempatan bertemu bulan ramadan yang akan datang?

Okay sementara nak muhasabah diri tu apa kata korang ikuti kisah seorang budak lelaki bernama Din ni minta maaf pada bapanya dan korang mesti tak percaya apa yang dia buat dan #LepasTu

Jangan dijamak kesalahan korang tu kalau tak ini jadinya

Dosa jamak

Ha kisah si Din ni memang bagus untuk tatapan semua golongan masyarakat tau. Sebab apa? Ha ni la yang patut kita buat bila kita sudah terlanjur melakukan kesalahan.

Biarpun masalah tu kecil atau besar, kita sebagai orang yang bertanggungjawab perlulah berani mengakui dan bersedia menerima apa jua tindakan daripada orang yang kita buat salah sama ada dimaafkan atau sebaliknya.

Bunyinya mudah tetapi sebenarnya nak minta maaf memang sesuatu yang sangat sukar lagi-lagi mereka yang egonya mengalahkan tinggi Gunung Kinabalu.

Nasihat khas daripada TNB buat semua…Hayatilah dan fahamilah

Screen Shot 2016-06-21 at 3.09.22 PM

Iklan ni nak mengajar kita supaya saling maaf bermaafan di bulan yang mulia ni dan tak semestinya hanya di bulan ramadan dan syawal sahaja sebaliknya pada setiap kali kita melakukan kesalahan.

Paling penting sematkan dalam diri korang tu tiada kesilapan yang tak boleh dimaafkan, barulah aman dunia ni #LepasTu fikir-fikirkanlah.

Tak susah pun kan nak minta maaf cuma kena turunkan sedikit ego tu. Macam si Din ni kan akhirnya ayah dia pun sedia memaafkan dia meskipun banyak juga kesalahan yang dia dah buat tu.

Terima kasih TNB dan kami dari OHBULAN! turut ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Korang tengok video ni mesti korang tak sangka si Din ni memang kelakar budaknya. #LepasTu korang tengok la ni…selamat menonton!

#LepasTu

Sumber : Youtube TENAGAofficial

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×