berita

Video Klip Taylor Swift “I Knew You Were Trouble” Catat Jumlah Penonton Paling Ramai

December 19th, 2012 | by Ai
Video Popular

Minggu lalu Taylor Swift baru sahaja melancarkan video klip terbarunya berjudul ‘I Knew You Were Trouble’ dan video tersebut telah dimuat naik menerusi laman YouTube sejak 14 Disember lalu.

Bermula hari pertama dilancarkan di ‘MTV International Priorities Global A-List,’ video ini telah mencatat hampir 173,000 penonton dalam satu-satu masa dan sekaligus menjadikan ia sebagai muzik video online yang paling ramai penonton sepanjang tahun ini.

Menerusi video yang berdurasi 5:58 ini, ia turut diselitkan dengan sedikit eleman dramatik pada awal 2 minit pertama dan menunjukkan seolah-olah Taylor Swift sedang mengingat kembali segala masa silam yang pernah dilalui bersama teman lelaki.

Untuk mengetahui lebih lanjut, jom layan video klip ‘I Knew You Were Trouble’ selepas ini :

SKIP THIS AD ×