berita

[VIDEO] Korang Wajib Tengok ‘Kegilaan’ Elfira Loy Mencabar OHBULAN! Cabar Apa Ya?

January 5th, 2018 | by Dzulkifli
Shout Out!

Baru-baru ini, admin terkejut apabila Elfira Loy mencabar team OHBULAN! secara terbuka melalui ruang komen di Facebook.

Haish! Rasa bederau pulak darah admin bila kena cabar macam ni.

Opps! Sabar! Jangan salah sangka. Elfira cabar admin untuk main game je sebenarnya. So, pantang dicabar, kita orang pun menjemput Elfira ke studio untuk bermain game. Kasi settle cara baik.

Haa korang nak tau siapa yang menang? Jom kita tengok video kat bawah ni!

Hahaha! Kecoh studio bila Elfira start main game. Pandai jugak dia main. Okaylah sebab dia dapat score satu. Perempuan kot! Memandangkan keputusan seri 1-1, kita orang akan buat revenge di Karnival Gegaria nanti!

Haa korang mesti tak tau lagi pasal Karnival Gegaria ni kan? Jom kita baca sikit info pasal karnival ni.

Buat pertama kalinya, Media Prima bakal menganjurkan karnival Gegaria di beberapa lokasi. Korang boleh rujuk tarikh-tarikh dan lokasi Karnival Gegaria kat bawah ni!

Tarikh: 13 Januari 2018
Lokasi Setia City Convention Centre, Car Park B, Shah Alam

Tarikh: 3 Februari 2018
Lokasi : Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru

Tarikh: 24 Februari 2018
Lokasi : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang karnival berlangsung. Contohnya ada tarian zumba, gerai-gerai makanan dan persembahan artis. Wow! Ramai artis yang best-best akan join!

Boleh menang RM10,000 dengan hanya main E-Games di Karnival Gegaria!

Korang berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai sehingga RM10,000 weyh! Haa nak tau macam mana? Jom baca artikel kat bawah ni.

Artikel berkaitan:Tunjukkan Skill Main Game Di E-Games, GEGARIA & Berpeluang Rebut Hadiah Terkumpul Bernilai RM10,000!

Kalau tak pro nak main game pun takpe, korang boleh jadi supporter untuk peserta! Jadi jom ajak keluarga dan kawan-kawan korang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Gegaria. Jangan lupa guna #gogegaria tau!

Untuk keterangan lanjut korang boleh follow page Gegaria di:

Facebook: https://www.facebook.com/gogegaria/

Instagram: https://www.instagram.com/gogegaria/

SKIP THIS AD ×