berita

[VIDEO] Lelaki VS Wanita – Cabaran Teka Berus Makeup, Siapa Lagi Terer?

March 23rd, 2018 | by Rudy
Kini Trending

Makeup dan lelaki memang bukan sahabat baik, tapi adakah makeup ni bff untuk perempuan?

So kali ni, kitorang buat satu challenge untuk kita tahu betul ke perempuan masih memegang takhta makeup expert..

Hehehe..hebat juga diorang ni kan? Tapi kalau admin pun memang kalah awal la. Banyak betul berus yang diorang aka perempuan guna untuk buat detailing dekat muka tu nak bagi nampak gojes.

Walau apa pun, perempuan yang kaki makeup tu memang hebat dan berseni. Admin kalau bab berus ni memang berus gigi je la jawabnya. Jadi, jangan nak judge sangat kaki makeup ni! Lain orang lain minat dan lifestylenya.

Cakap pasal gaya hidup, kitorang ada berita gembira untuk orang-orang Ipoh sebab Gegaria akan turun ke Bulatan Amanjaya Meru Ipoh pada 24 Mac 2018 nanti.

Banyak aktiviti yang disediakan untuk korang dan ramai juga artis yang akan turut sama sepanjang Gegaria tu nanti antaranya Nabila Razali, Ramona Zamzam, Elfira Loy, dan ramai lagi.

Tak lupa juga di pentas utama nanti akan berlangsungnya Konsert Gegaria yang bakal menampilkan artis tempatan yang hebat-hebat, seperti Sonaone, Kugiran Masdo, Noh Salleh, Bunkface, dan Nabila Razali yang bakal perform lagu cumi cumi dia tu.

So jangan lepaskan peluang ni untuk beramah mesra bersama semua orang yang datang ke Gegaria ni tau! Ajak la ahli keluarga, sedara mara dan jiran tetangga sekali.

Psst..Kalau udoh bergambor tu nanti jangan lope #GoGegaria dan #KitaOK tau. Ni lagi satu, kami dengar Gegaria akan berada di lagi 3 lokasi lain seperti:

  • Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur (31 Mac 2018)
  • Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan (7 April 2018 ) dan,
  • Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah (15 April 2018)

So siap sedia sebelum kami gegarkan lokasi korang nanti. Jangan lupa untuk follow FB , Twitter dan IG Gegaria untuk ketahui update terkini dari diorang.

The following two tabs change content below.

Rudy

Content Champion at Rev Asia Berhad
"Anda Tahu Dan Sedar Apa Yang Anda Baca, Tapi Bagaimana Penyampaian Yang Anda Pilih, Itu Pengukur Peribadi Anda"

Most Read Today