berita

[VIDEO] Lihat Gadis Montel Ini Mengecil Dalam Gambar Dengan Teknik Kreatif

July 6th, 2018 | by Danial
Filem Antarabangsa

Zaman sekarang ni macam-macam video cabaran kita dapat tengok kat media sosial. Tapi kali ni cabarannya berbeza, sebab kita ada tambah unsur-unsur superhero dalam video kali ini.

Superhero ni pulak ada macam-macam kuasa. Memang style weyh! Ada yang boleh terbang, ada yang boleh mengecil dan jugak membesar!

Lelaki Atau Perempuan Hebat Ambil Angel Gambar?

Tengok tu, dasyatnya diorang bergambar. Comel sungguh. Agak-agak macam manalah caranya diorang bergambar.

Nak tahu macam mana diorang buat? Nak tahu video cabaran apa pulak kita buat kali ini dan superhero apa yang kita jadikan sebagai inspirasi ? Jom tengok video kat bawah ni.

Oh rupanya Ant-man dan The Wasp yang menjadi inspirasi diorang. Patutlah boleh mengecil dan membesar dalam gambar. Korang pun boleh cuba bergambar macam diorang ni dekat rumah je tau. Hanya gunakan kreativiti korang je.

Superhero Trending Dari Marvel Studios!

Marvel Studios memang terkenal dengan superhero-superhero diorang yang trending. Kali ini, Marvel Studios mempersembahkan Marvel Studios Ant-man and The Wasp. Korang yang belum tengok filem ini, mesti tak tahu yang Ant Man dah ada kuasa baru! Nak tau kuasa apa? Kenalah pergi tengok…

Tengok poster pun dah lain macam hebat.

Bagi korang peminat Marvel, jangan lupa saksikan filem terbaru ini yang bermula pada 4 Julai 2018. Jangan terlepas saksikan aksi terbaik Marvel Studios Ant-man and the Wasp.

Kalau korang nak check showtime filem Marvel Studios Ant-man and the Wasp ni,  klik sini.

Jumpa di pawagam berdekatan korang!

SKIP THIS AD ×