berita

[VIDEO] ‘Menitis Air Mata Mama’ – Alunan Merdu Danish Hakim Baca Alquran Tarik Perhatian.. Sebak

January 21st, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Semenjak dari umur 11 tahun, anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, Mohamad Danish telah mula dihantar ke pusat tahfiz untuk mendalami ilmu agama. Terbaru, khabarnya Danish meendapat peluang menyambung pengajian dalam bidang hafazan di Turki. Sebagai ibubapa, Abby dan Norman pasti sangat berbangga dan terharu.

Di instagram, Abby Abadi telah memuatnaik video alunan merdu Danish membaca Al Quran. Di ruangan komen, ramai yang memuji dan tumpang gembira.  Untungnya Abby!

Majlis doa selamat dan kesyukuran

Menitis air mata Mama

ISLAM SuperHero ?? . Hazrat Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ALQURAN adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan ALQURAN di hadapan, ALQURAN akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan ALQURAN di belakang maka ALQURAN akan mencampakkannya ke dalam neraka.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim) . PS: Alhamdullillah. Abg Danish ??? Kita nampak, Danish mcm nerbes tadi, tu pasal laju hihi… Tapi Confident level sangat hebat bang. Menitis airmata Mama tadi dgn bacaan Abang. Teruskan. Nak mic Mama belikan mic dah tu.. jadi lepas ni ngaji selalu & sedap2 tau hehee . Oklah, Selamat Malam semua. Sambung nanti bile free. Ngantuk sudah. Love U all Lillah ??

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Ramai sebak

 

 

 

Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dan kagum dengan pencapaian Danish. Walaupun ibubapanya tidak lagi bersama, didikan yang diberikan mampu menjadikan Danish seorang yang soleh. Bertuahnya keluarga mereka ini kan.

Sumber : Instagram Abby Abadi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×