berita

Video: Miley Cipta Kontroversi Lagi Dalam MV Wrecking Ball

September 13th, 2013 | by Ai
Video Popular

miley-cyrus-wrecking-ball-teaser-previa-preview-sneak-peak-new-song

Sekarang ini bila sebut sahaja nama Miley Cyrus, pasti ada yang meluat. Bukan apa, kebanyakan peminat bagaikan tidak dapat menerima kenyataan bahawa selebriti yang pernah menjadi idola kanak-kanak suatu ketika dulu telah berubah menjadi seorang gadis ‘nakal’.

Perangai pelik Miley mula menjadi perhatian selepas penyanyi itu merakam muzik video berjudul ‘We Can’t Stop’ sambil menunjukkan aksi tak senonoh bersama rakan-rakannya.

Dan beberapa minggu lepas, Miley sekali lagi mengundang kritikan apabila dia membuat perkara yang sama sewaktu membuat persembahan di atas pentas Video Music Awards 2013 (VMA) bersama Robin Thicke.

miley-cyrus2_660_091013122221

Screen Shot 2013-09-12 at 15.58.26

Walaupun MV terbaru Miley yang baru dilancarkan beberapa hari lepas tidak terlalu menyerlahkan sifat kenakalannya, namun ia masih mencipta kontroversi kerana Miley tampil tanpa seurat benang dalam kebanyakan babak yang ditayangkan.

Meskipun begitu, tidak bermakna penonton dapat melihat keseluruhan tubuh badan Miley kerana ianya masih dilindungi oleh props.

Muzik video berjudul Wrecking Ball itu bagaimanapun telah mencecah hampir 57 juta jumlah tontonan dalam masa empat hari selepas ia dilancarkan di YouTube.

miley-cyrus-wrecking-ball_612x380

Namun secara jujurnya, jika anda menghayati lirik dan tidak melihat MV tersebut, pasti anda dapat membayangkan kekecewaan sebenar yang dialami Miley.

Berkemungkinan besar Miley menzahirkan perasaan sedihnya melalui lagu Wrecking Ball selepas putus tunang dengan Liam Hemsworth baru-baru ini.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan MV Wrecking Ball untuk tontonan anda. Boleh tahan sedap juga lagu Miley yang baru ini.

SKIP THIS AD ×