berita

Video : Persembahan Mantap Go Gerila! Di TWS

September 3rd, 2013 | by Ai
Video Popular

Black-Box-1

Pada 19 Jun lalu, kumpulan yang dianggotai oleh enam orang anak muda iaitu Go Gerila! baru sahaja melancarkan album sulung mereka berjudul Blackbox.

Secara umumnya, album tersebut mengandungi tujuh buah lagu baru iaitu Biso Bonar, Perjalanan, Hadiah, Pemergian, #1, Cinta Kristal serta Blackbox sendiri.

Baru-baru ini kumpulan Go Gerila! telah membuat persembahan secara live di The Wknd Sessions, di mana menerusi persembahan tersebut mereka telah memainkan dua buah lagu baru iaitu Hadiah dan Perjalanan.

Go Gerila!

Persembahan live Go Gerila! di The Wknd Sessions

Untuk makluman, pada 20 September depan, kumpulan Go Gerila! bakal terbang ke Osaka, Jepun bagi mengadakan persembahan sulung mereka di Kansai Music Conference (KMC) 2013.

Secara umumnya, kumpulan ini dianggotai oleh enam orang ahli iaitu Aizat Amdan, Anas Amdan, Amir Jahari, Ashroff Shariff (gitar utama), Ruviyamin Ruslan atau Ruvi (dram), serta Mohamad Firdaus atau Pito selaku pemain gitar bass.

Artikel Berkaitan :

Bagi peminat yang belum pernah dengar lagu terbaru daripada Go Gerila! ayuh layan dua buah video persembahan mantap mereka selepas ini. Semoga terhibur!

Kredit Video : The Wknd Sessions

SKIP THIS AD ×