berita

Video Persembahan Ular Ketika Bersanding Ini Cukup Mendebarkan, Sekali Dia ‘Terkam’…Fuh!

August 2nd, 2017 | by Wan
Video Popular

Meremang bulu roma kami bila tengok video persembahan ular semasa pengantin sedang bersanding ini! Agaknya apa lah yang sedang difikirkan oleh pengantin baru itu ye? Pucat jugak lah!

Video yang dimuatnaik ke laman Facebook oleh Siti Noor Ain itu menyaksikan seorang lelaki sedang membuat persembahan ular di hadapan pengantin yang sedang bersanding. Apa yang menarik perhatian netizen ialah saiz ular tedung tedung itu, besar gila kot!

Besarnya ular!

Menurut info lelaki bernama Bro Dean itu memang pakar dalam menjinakkan ular dan sering mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Kira memang dah expert lah.

Video berdurasi 1.38 minit itu dirakamkan di sebuah majlis perkahwinan bertempat di Taman Medan Cahaya hujung minggu lalu. Amacam ada yang berani buat macam ini jugak tak?

Sumber : Bro Dean, Siti Noor Ain

SKIP THIS AD ×