berita

[VIDEO] Peserta The Voice Thailand Berdikir Puteri Siap Rap. Menangis Kak Ani Dengar!

February 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Jika sebelum ini banyak viral di media sosial iklan dari Thailand yang cukup deep, gila-gila, kelakar dan menyentuh perasaan. Kadang-kadang tidak diketahui apa produk yang ingin dijual oleh iklan tersebut. Betapa kreatifnya mereka dalam berkarya.

Selain itu, rakyat Thailand juga nyata bijak berfikir di luar kotak. Siapa sangka menyanyikan lagu yang bukan bahasa pertuturan sendiri di pentas pertandingan siap berkebaya lagi?

The Voice Thailand berdikir

Terbaru, netizen Malaysia terhibur dalam bangga apabila lagu bertaraf ‘legend’, Dikir Puteri dipersembahkan oleh peserta The Voice Thailand, Pathita & Saran. Walaupun ada sebutan yang agak pelat, namun cubaan untuk menyanyikan lagu berentak tradisional Noraniza Idris berkenaan mendapat pujian netizen.

Apa yang lebih menarik, turut diselitkan adalah part rap yang memberikan nafas baru kepada lagu berkenaan. Kalau Kak Ani dengar boleh menangis ni! Turut bersama berdikir di atas pentas adalah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand.

Sumber: The Voice Thailand

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today