berita

[VIDEO] Raja Ema Sebenarnya Pernah Gegarkan Pentas Olimpik 1988. Nostalgia!

February 27th, 2018 | by Amat
Video Popular

Nama Raja Ema mula menyinari industri tempatan pada 1985 hingga kini. Namun, nama penyanyi ini makin suram dalam industri dek kerana kemunculan penyanyi dan pelakon baru yang semakin bercambah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-angan ini pernah menyanyi di pentas Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988. Persembahan Raja Ema dimeriahkan lagi dengan penyanyi Shohjo Tai dan Park Hye Ryoung.

Fenomena dunia hiburan tempatan

Video berdurasi 5:49 minit tersebut menyaksikan Raja Ema membuat persembahan bersama 2 lagi penyanyi Asia iaitu Shohjo Tai (Jepun) dan Park Hye Ryoung (Korea). Lagu Mentari Korea dinyanyikan pada malam acara gemilang tersebut.

Memori

Korea menjadi negara Asia pertama yang menganjurkan dan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1988. Ternyata penyanyi ini amat merindui kenangan di pentas Olimpik Seoul.

Mentari Korea

Lagu Mentari Korea dinyanyikan atas pentas Sukan Olimpik Seoul. Lagu ini dinyanyikan oleh Leslie Mandoki dan Eva Sun, manakala Raja Ema diberi peluang untuk menyanyi lagu tersebut dalam versi Malaysia. Lagu tersebut disusun seni kata semula oleh Jenny Chin dan Fauzi Marzuki.

Credit: Youtube ZmanDin

The following two tabs change content below.

Amat

@ammatlarbsib pembuat somtam tegar, somtam dan kerabu paling tip top di Malaya!

Most Read Today