berita

[VIDEO] Saya Keluar Melalui Tingkap, Api Marak Dekat Pintu… – Pelajar

September 14th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Pagi ini negara dikejutkan dengan berita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Keramat. Setakat ini 24 pelajar dan warden dilaporkan terkorban.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Ada antara penduduk sekitar cuba menyelamatkan mangsa namun bahang yang kuat menyukarkan usaha mereka.

Sementara itu beberapa orang pelajar berjaya menyelamatkan diri apabila bertindak keluar melalui tingkap dan terjun dari tingkat dua. Berikut temubual BERNAMA bersama salah seorang mangsa.

Keluar dari tingkap

Menurut salah seorang pelajar, Muhd Izzarudin selepas menyedari kebakaran yang dipercayai bermula di pintu hadapan, dia cuba mengejut rakan yang lain. Ada antara mereka yang tidak bangun.

Api yang sudah marak di pintu hadapan menyukarkan mereka semua untuk keluar. Dia kemudian keluar melalui tingkap sebelum melalui saluran air untuk turun ke bawah.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, semua 24 mayat yang ditemui di tingkat atas pusat tahfiz yang terbakar itu dalam keadaan rentung dan bertindih antara satu sama lain.

Amar Singh juga berkata pusat tahfiz tersebut hanya mempunyai 1 pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri. Keadaan tingkap juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan.

Sumber : Bernama, Berita Harian

SKIP THIS AD ×