berita

[VIDEO] ‘Saya Takkan Bekerja Dibawah Seorang Pengkhianat’- Datuk Seri Mohd Shukri Bongkar Isu 1MDB

May 22nd, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum (PRU-14), antara isu yang akan disiasat ialah kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Khamis lalu Datuk Mohd Shukri Abdull telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan di sidang media pada hari ini, Mohd Shukri telah mendedahkan pengalaman penyiasatannya mengenai 1MDB. Lihat video berikut untuk berita lanjut.

‘Buang dan gantilah Najib dengan orang lain..’

Datuk Mohd Shukri Abdul mendedahkan bahawa selepas terdapat beberapa bukti berlakunya penyelewengan membaitkan 1MDB, beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah bertemu menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri.

Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain, dengan (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) ke, (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) ke, sebab jumlahnya terlalu besar RM2.6 bilion.

Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.

Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata ‘kalau saya dengar cakap kamu dulu pasti tidak akan jadi macam ini’ (Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Misi tidak berjaya..

Tambah Mohd Shukri, selepas tidak berjaya meyakinkan para menteri, beliau dan Abu Kassim mengabil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa.

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa ditemui sebanyak dua kali oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung dan bertanya apakah beliau mahu sesuatu apabila menyiasat mengenai isu 1MDB. Ahli Parlimen itu juga mahu Najib disingkirkan.

Saya tegaskan supaya jangan ganggu siasatan saya. Biar kami tamatkan siasatan dan serahkan kepada Peguam Negara untuk putuskan.

Kali kedua Ahli Parlimen ini datang dan tanya, saya kata kepadanya kalau Datuk tanya lagi saya akan tangkap mengikut Akta SPRM.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×