berita

[VIDEO] ‘Saya Yakin Perkahwinan Ini Tidak Sah’ – Kemelut Rumah Tangga, Hafiz Hamidun Cerita Hal Sebenar

August 22nd, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Nampaknya isu pergolakan rumahtangga Hafiz Hamidun dan isteri Joy Revfa masih belum reda. Makin kecoh apabila surat cerai Joy Revfa mula tular di media sosial semalam. Dokumen yang tersebar itu mengesahkan bahawa perceraian Joy berlaku selepas pernikahan bersama Hafiz Hamidun.

Artikel Berkaitan : Cerai 2 Bulan Kemudian – Ini Bukti Joy Revfa Masih Isteri Orang Ketika Nikah?

Terbaru, menerusi  milik Hafiz Hamidun dia memberi penjelasan mengenai pergolakan yang berlaku.

Video penjelasan

Menerusi siaran langsung bersama Hafiz Hamidun, dia mendakwa Siti Arifah atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa pernah berkahwin di Thailand bersama suami terdahulu, Mohd Rayos Abdul Rahim. Pernikahan itu bagaimanapun, masih belum ada surat penceraian yang sah. Joy turut mendakwa sudah bercerai melalui aplikasi whatsapp dengan suami terdahulu.

Dia turut menyatakan dia sering menyuruh Joy menyelesaikan permasalahan ini sebelum berkahwin namun sering diberi alasan. Perkahwinan diteruskan atas surat perakuan janji untuk Joy mendapatkan surat sah cerai sebelum 8 Ogos.

Disebabkan keraguan dalam rumah tangga, mereka telah ke Songkla, Thailand bagi menguruskan cerai taklik. Namun, apabila disiasat rupanya perkahwinan Joy dengan suami terdahulu masih ada ikatan.

Tidak akan mengeluarkan kenyataaan

Hafiz turut tidak akan mengeluarkan kenyatan untuk menghormati kredibiliti dan kearifan pihak peguam. Dia turut menafikan kenyataan Joy mengatakan dia tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka. Hafiz turut yakin perkahwinan ini tidak sah.

Dia juga mengharapkan agar pihak sana menghormati untuk menyelesaikan isu ini secara tertutup. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×