berita

[VIDEO] Sempena Resepsi Hari Ini, Fattah Amin Kongsi Momen Sweet Semasa Honeymoon.. Bersemut!

February 25th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Siapa sangka gandingan bersama Fattah Amin dan Fazura dalam sebuah drama terbitan Astro membawa mereka berdua ke jinjang pelamin. Meskipun pada awalnya merahsiakan status hubungan mereka, peminat seakan dapat menghidu ada sesuatu yang istimewa apabila Fattah & Fazura saling bermanja di Instagram.

Bakal melangsungkan majlis resepsi hari ini, Fattah Amin berkongsi video semasa mereka berbulan madu di Eropah. Alahai sweetnya!

Sweetnya!

Bersempena dengan majlis resepsi yang bakal berlangsung hari ini, Fattah menerusi Instagramnya berkongsi video momen-momen indah mereka semasa berbulan madu Disember lalu. Memang sweet habislah mereka ini kan? Fattah dan Fazura masing-masing nampak berseri, maklumlah sedang dilamun cinta kan? Di ruangan komen, ramai yang melting tengok!

Bersemut handphone

Sumber : Instagram Fattahaminz

Most Read Today