berita

[VIDEO] ‘Sempoi & Cool’ – Selepas Pandu Teksi & Jual Ayam Percik, Khairy Jamaluddin Jadi Tukang Masak Pula!

February 13th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin sememangnya dikenali ramai oleh kerana sikapnya yang mudah didekati dan bersahaja. Selain facebook dan twitter, YB KJ juga sangat aktif di laman sosial instagramnya. Paling tidak disangka beliau juga rajin melayan komen netizen yang pelbagai itu.

Selain daripada berpolitik, KJ rupa-rupanya mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Jika sebelum ini KJ pernah berlakon sebagai pemandu teksi dan penjual ayam percik, kali ini beliau jadi tukang masak pula!

Happy chinese new year – KJ

Menerusi video pendek yang dimuat naik KJ di instagram, beliau dan anaknya sendiri berlakon bersempena perayaan tahun baru cina yang akan menjelang tidak lama lagi. Bukan setakat pandai bersukan dan berlakon, kami percaya memasak pun handal juga.

Ramai yang memuji bakat lakonan dan gaya bersahaja KJ meskipun bergelar seorang menteri. Tidak mustahillah jika KJ sentiasa mendapat tempat di hati belia muda di Malaysia.

Sempoi YB

Fuh langsung tak kekok di hadapan kamera, memang versatile! Mungkin selepas ini YB boleh pertimbangkan untuk terjun dalam dunia hiburan pula. Apa-apapun korang boleh layan video penuh di sini Selamat Tahun Baharu Cina 2018.

Sumber : Instagram Khairy Jamaluddin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×