berita

[VIDEO] Setelah 11 Tahun Menunggu, Siti Nurhaliza Kini Hamil 4 Bulan

October 13th, 2017 | by Arini Saleh | 0 comments
29.8K
reads
24K
shares
Kini Trending

Selepas beberapa bulan berehat dari industri seni, penyanyi no 1 negara sebentar tadi telah mengadakan satu sesi khas bersama media di kediamannya di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Pengumuman khas itu akhirnya menjawab desas desus Datuk Siti Nurhaliza kini sedang hamil.

Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Siti Nurhaliza dan keluarga di atas berita gembira ini. Diharapkan kandungan sihat dan semuanya berjalan lancar.

Kini hamil 4 bulan

Menurut Siti Nurhaliza, tujuan utama sidang media ini dilakukan adalah untuk menjawab desas desus dan spekulasi yang sedang menular di laman sosial. Untuk beberapa bulan, Siti memilih untuk tidak muncul di mana-mana media kerana dirinya kini disahkan hamil empat bulan.

Kata Siti lagi, dia sangat bersyukur kerana akhirnya dia hamil pada usia 38 tahun dan pada ulangtahun perkahwinan yang ke 11. Siti memohon orang ramai serta penganjur memahami situasi yang mana Siti memilih untuk fokus kepada kandungan.

Akhir kata, Siti berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Siti.

sumber : Harian Metro

Most Read Today