berita

[VIDEO] Sing Out Challenge – Berapa Banyak Lagu Yang Korang Betul?

March 29th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Baru-baru ni kitorang ada jumpa satu game ni dalam internet. So disebabkan trending plus banyak request, kitorang cedok idea tu dan cuba sesuaikan untuk masyarakat kita.

Dua pasangan telah dipilih bagi melaksanakan tugasan ni dan bila diorang cuba game ni habis banjir satu studio..Nak tau lebih pasal game ni? Moh tengok diorang ni!

Hahaha kesian diorang ni, ada yang tahu lagu tak tahu lirik dan ada pula yang sebaliknya. So pengajarannya kalau nak main game ni, korang kena tahu la perkembangan musik tanah air. Kalau kita tak support industri kita siapa lagi kan?

Cakap pasal nyanyian, apa kata korang turun ramai-ramai ke Pusat Pameran & Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur pada 31 Mac 2018 ni. Korang boleh enjoy performance dari artis-artis tempatan seperti Kugiran Masdo, I Am Neeta, Bunkface, Akim & The Magistret, Bittersweet dan Noh Salleh sempena Festival Gegaria.

Selain itu, banyak juga aktiviti yang diadakan sepanjang hari di sana nanti seperti sembang komuniti, foodtruck, riadah bersama keluarga dan macam-macam lagi.

Lepas Kuala Lumpur, orang-orang di lokasi kat bawah ni siap sedia sebab kami nak gegarkan tempat korang juga:

7 April 2018 | Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan

15 April 2018 | Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah

Jadi untuk yang datang ke Gegaria Kuala Lumpur nanti stay tune dengan OHBULAN! sebab kitorang nak bagi GIVEAWAY untuk pengunjung bertuah yang hadir. Teruskan #GoGegaria #KitaOK dan #YouCanDuit

Jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram GoGegaria untuk korang tahu update terkini mengenai event ni. Jumpa korang kat sana!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×