berita

Viral Baju Melayu ‘Breastfeed’ Untuk Golongan Bapa, Ini Respon Erry Putra

May 26th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kalau tahun sebelum ini, Baju Melayu ‘abam sado’ jadi viral kerana keunikannya. Tahun ini Baju Melayu pelakon Erry Putra mendapat perhatian ramai. Rata-ratanya menganggap baju ini sesuai dipakai untuk golongan ibu menyusukan bayi mereka. Memang lawak sungguh.

Walau bagaimanapun, menerusi Utusan Online , pelakon itu berterima kasih kerana menularkan baju rekaan pakaiannya itu.

Jualan makin banyak

Haha kena viral pasal baju saputra..its okey itu hanya sedikit ujian…saja nk cari kelainan dlm baju raya tahun ni..biasa ada suka ada tak..yg mana suka syukur..yg mana tak suka alhamdulillah hahaha…apa pun jualan kini dan makin byk dan stock pun byk da habis. Amin..hehe

Menggabungkan tiga baju tradisi

Bagaimanapun, jika dilihat secara dekat, koleksi itu menggabungkan tiga baju tradisi mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu baju Melayu, kurta dan samfu.

Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan UA Butik dalam menghasilkan baju Melayu dan rekaannya adalah hasil perbincangan kedua-dua belah pihak.

Menurut Erry Putra, dia amat berterima kasih kepada netizen kerana menularkan rekaan pakaiannya. Malahan, tindakan segelintir pihak mempersenda rekaan baju Melayu itu tidak langsung menjejaskan perniagaannya, tetapi meningkatkan hasil jualan secara mendadak.

Sumber : Utusan

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×