Sekali pandang jejaka ini kelihatan seperti seorang lelaki yang berasal dari Jepun dek kerana rupa parasnya. Tapi percayakah korang Rio Haryanto, pelumba Grand Prix 2 Series ini berasal daripada Indonesia.
Sejak semalam nama lelaki ini mulai viral gara-gara sekeping foto kereta miliknya yang ditampal surah Al-Baqarah dan membacanya sebelum perlumbaan.
Jawapan Rio bila ditanya tentang foto viral
Ketika ditanya oleh media mengenai ayat yang ditampal di keretanya itu, Rio yakin ianya membuatkan dirinya lebih tenang ketika berlumba.
Ini dapat membuatkan diri saya lebih berasa tenang saat tampil di litar
Baru berusia 22 tahun
Dalam kancah GP2 yang disertainya ketika ini, Rio tampil cukup hebat berbanding kehadirannya pada awal musim, malah namanya sudah mula dikenali ramai sejak berusia 17 tahun apabila muncul menjuarai sirkit Turki.
Bukan calang-calang orang juga, sebab impiannya mahu berlumba dan menjadi rakyat Indonesia pertama berlumba di Formula One satu hari.
Juara Go-Kart Indonesia umur 6 tahun
Rupanya minat terhadap dunia permotoran ini sejak kecil lagi dan bakatnya telah diasah sewal umur 6 tahun. Hasilnya berjaya memenangi pertandingan lumba go-kart ketika itu.
Jadi kegilaan para gadis
Nama Rio Haryanto ternyata sangat terkenal di Indonesia lebih – lebih lagi dalam kalangan para gadis. Mana tidaknya, handsome kan?
Kalau dulu di Malaysia Alex Young sering disebut-sebut, sekarang siapa?
Sumber : Rio Haryanto