berita

Viral Video Pembayaran ‘Paywave’ Yang Meragukan, Ini Respon Pakar Keselamatan Internet

August 3rd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video menyaksikan seorang individu berjaya membuat pembayaran menggunakan mesin terminal (Paywave) dari poket belakang seorang lelaki. Walaupun video tersebut dipercayai berlaku di luar negara, rakyat Malaysia khususnya, meluahkan rasa bimbang  kerana transaksi seperti ini dipraktikkan oleh mereka dalam pembelian seharian.

Pakar Keselamatan Internet, Adli Wahid menjelaskan situasi berhubung penggunaan Paywave yang telah merisaukan rakyat Malaysia.

Paywave punyai tahap keselamatan tinggi

Video berdurasi 18 saat ini menyaksikan keberkesanan transaksi penggunaan melalui kaedah Paywave. Transaksi berjaya dibuat hanya meletakkan mesin terminal di poket belakang seluar individu.

Adli Wahid berkata teknologi Paywave yang diperkenalkan institusi perbankan mempunyai tahap keselamatan tinggi dan lebih baik berbanding kaedah leret.

Untuk membuat bayaran, memang tidak perlu sentuhan fizikal antara kad dan mesin cuma dalam video tular terbabit tidak dipastikan sama ada kad berada dalam dompet atau sekadar dalam poket saja.

Semak terma penggunaan kad

Lagipun, bank pun akan menebus kembali kerugian jika berlaku transaksi meragukan kepada penggunaan kad kerana semua mesin sudah mendapat pengesahan dan bukan sebarangan mesin boleh melakukannya. Kalau pengguna masih tidak yakin, anda boleh ikut cara menggunakan dompet kalis gelombang isyarat sesuai untuk mana-mana benda berasaskan Radio-Frequency Identity (RFID).

Manakala, mesin pula akan berdaftar dengan pihak bank yang menyukarkan transaksi meragukan itu. Dia turut menasihati pengguna untuk menyemak terma penggunaan kad dengan pihak bank masing-masing.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×