berita

Viral Video Penampakan Imej Bertanduk Yang Aneh – Ini Sebenarnya Yang Berlaku….

October 24th, 2017 | by Azyan
Filem Antarabangsa

Hujan, langit gelap dan kilat berdentum-dentum ni dianggap biasa lah dekat Malaysia ni. Tapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ni, memang sangat mengejutkan! Dengar cerita ada penampakkan di langit akhir-akhir ni? Betul ke?

Kemunculan objek misteri itu menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai. Yelah, biasanya kalau kilat tu elok je, ini tiba-tiba ada bentuk-bentuk pula. Tak ke pelik?

Ceritanya benda tu dikesan oleh dua orang lelaki ditempat kerja mereka. Time tu sorang pekerja ni kantoi curi tulang, tengok trailer movie!

Tiba-tiba kilat sambung menyambung, waktu tu dah petang nak habis kerja. Tengah syok borak  pasal macam mana nak balik lah, jem lah sebab dah kilat mesti nak hujan kan? Ha time tu laa…..

Bumi macam dipukul-pukul dengan Kilat !

Kilat time tu uissssh, kuat betul! Lepas satu-satu! Diorang ni pun apa lagi, cepat-cepat lah record kejadian tu. Zoom punya zoom punya zoom dekat kilat tu, tiba-tiba diorang ternampak macam bayang-bayang dari kilat tu, imej misteri tu bentuk macam ada tanduk tapi macam helmet pun ada..

Takkan ada orang merempit sampai ke atas tu pulak kan? Memang dap dip dup jantung ni ha! Admin tengok pun suspend je tau!

Tak percaya korang tengok sendiri. Memang pelik weh! Benda ni jadi bukan sekali tapi 2 kali! Kejap je benda ni terjadi tapi still tinggalkan kesan. Lepas kilat terakhir tu, barulah fenomena itu berhenti, kilat pun dah reda. Langit bertukar jadi cerah sikit.

Kejadian ni kejap je, sebab tu tak ramai perasan. Tapi macam biasa, Oh Bulan sentiasa maju kehadapan. HE HE HE! Selidik punya selidik.. rupanya.. benda tu ialah….

Laaaaaaa…. Prank untuk movie Marvel StudiosThor:Ragnarok  rupanya!

Video tu sebenarnya prank! Nak memperkenalkan cerita terbaru dari MARVEL iaitu..  Marvel Studios,THOR:RAGNAROK!

Korang suka Thor tapi takde teman nak pergi sebab pasangan korang suka HULK? Lah, dalam cerita Thor kali ini, ada dua-dua! Ada Hulk dan juga Thor, ha win-win situation lah kan?

Cerita ini mengisahkan mengenai Thor yang kini didalam penjara di semesta lain tanpa Mjolnir (penukul Thor). Tapi dalam masa yang Thor dipenjara tu, Asgard sedang dalam bahaya! Jadinya, Thor perlu mencari jalan keluar dan pulang ke Asgard.

Tapi… Thor tak ada tanduk? Jadi, tanduk siapa dalam video viral tu?

Haa, kalau korang nak tahu bayang-bayang tanduk tersebut kepunyaan Hela, The Goddess of The Death yang dilakonkan oleh Cate Blanchett! Pemenang Anugerah oscar ini muncul buat pertama kali nya dalam movie Marvel Studios! 

Ini juga merupakan kali pertama Hela muncul dalam movie ni! Bukan tu je, Hela ni punyalah power, dia boleh crushkan hammer Thor tu, macam tu je beb!

Tak terpanggil ke nak tengok movie ni? Admin rasa macam dah nak book tiket dah ni!

So korang rasa……siapa yang menang? Betul ke Asgrad dah tak ada macam Hela cakap dalam trailer? Kenapa Thor kena penjara dalam alam lain? Mana penukul dia? Kenapa dalam trailer Thor ada lawan dengan Hulk?

Banyak betul persoalan yang timbulkan? Tapi.. sayang.. jawapannya belum ada. Kalau korang pun tertanya-tanya macam admin yang dah penat perah otak nak fikir balik apa yang terjadi dalam cerita Avengers atau Thor yang lepas? Haa, korang wajib tengok cerita ni. Senang, tak payah nak fikir-fikir!

Marvel Studios, Thor: Ragnarok bakal menemui anda semua di panggung pada 26 Oktober 2017 ni! Nanti kalau dah tengok, boleh lah share kat kitorang kalau-kalau korang dah dapat jawapan kepada persoalan korang tu!

SKIP THIS AD ×