berita

Wajarkah Felixia Yeap Dikritik Teruk Tentang Ilmu Agama?

September 30th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

pix_gal1

Kadang-kadang kami pun tak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.

Setiap foto yang dimuat naik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.

Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu? Haih.. Perlu ke?

Screen Shot 2014-09-30 at 10.59.50 AM

Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para netizen untuk membuat anggapan sedemikian rupa.

Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.

Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.

felixia

Kami turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim.

Bukan apa, kita yang memang sejak azali dilahirkan sebagai umat Islam ni pun masih lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Jadi, rasanya tak eloklah nak jadi judgmental begitu. Betul tak?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×