![]()
Fuh! GST punya penangan, ramai yang menyuarakan rasa tak puas hati di laman sosial. Sejak 1 April lalu, dah macam-macam troll kami tengok.
Terbaru, akibat dari menyuarakan pendapat mengenai GST, pelantun lagu ‘Assalamualaikum’, Faizal Tahir digelar dungu.
Dahsyat kan?
Jangan Jadi Macam Faizal Tahir…
![]()
Kalau korang nak tahu, Faizal Tahir telah berkongsi Tweet mengenai GST. Katanya, tak perlu risau atau khuatir dengan GST kerana ia tak mengubah rezeki seseorang.
Secara tiba-tiba, seorang wanita telah ‘menyerang’ dengan melemparkan kata-kata kurang manis kepada penyanyi ini. Marah betul tu!
Maafkan Saya Atas Kedunguan Saya – Faizal Tahir
![]()
Oleh kerana itu, penuh timeline Twitter Faizal dengan tweet-tweet yang menyokong statementnya. Tapi, paling best kami baca jawapan Faizal buat wanita tersebut.
Hehe. Ini tweet paling win dari Faizal Tahir.
![]()
Tak kisahlah kita sokong atau tak perlaksanaan GST, tapi rasanya setiap daripada kita ada pandangan masing-masing. Respect dan relax jela. Tak gitu?








