berita

Wanita Itu Isteri Kedua – Suami Azlyn Massiela Tampil Beri Penjelasan

February 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-21 at 10.11.57 AMBukan setakat kami, malah semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin.

Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki bernama Ramli (bukan nama sebenar) yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. Ya, isteri kedua.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – Ramli dipetik dari Berita Harian.

Ramli yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melakukan perkara sedemikian.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” ujar Ramli merujuk pada bekas tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela.

Individu bernama Ramli ini turut memberitahu bahawa dia tidak menyalahkan Fizz atas perkara yang berlaku dan mengaku masih menanggung segala nafkah wanita tersebut sebagai isterinya.

Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan. Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur.”

SKIP THIS AD ×