berita

Warna-Warni Wonder Girls

June 14th, 2012 | by Ai
Gaya Hidup


Bagi peminat-peminat K-Pop, pasti akan kenal dengan artis wanita berkumpulan dari Korea iaitu Wonder Girls. Kumpulan Wonder Girls ini mula dikenali di Malaysia menerusi lagunya ‘No Body’. Lagu No Body ini telah membuatkan nama Wonder Girls meningkat naik dan lagu ini juga telah dikeluarkan melalui dua versi, iaitu versi Inggeris dan Korea sendiri. Ini adalah bagi menepati selera peminat-peminat K-Pop di Malaysia.

Selain itu, fesyen-fesyen artis Korea turut menjadi ikutan para peminat K-Pop di Malaysia, ini termasuklah dari segi pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya. Jadi bagi individu yang meminati fesyen K-Pop, di sini OHBULAN! ingin berkongsi serba sedikit fesyen yang digayakan oleh kumpulan Wonder Girls.

Menerusi klip video mereka yang terbaru iaitu ‘Like This’, mereka telah memperagakan gaya yang kasual dan santai.  Selain itu, warna-warna yang digunakan juga merupakan warna yang terang serta warna yang ceria.

Selain itu, kumpulan Wonder Girls,  telah menggabungkan warna-warna terang dengan corak yang lebih tebal. Ini adalah bagi mengimbangkan penggunaan warna dan secara tidak langsung, menghasilkan tone warna yang semulajadi agar kelihatan lebih menarik.

Jadi ini adalah beberapa item yang telah digayakan oleh kumpulan Wonder Girls menerusi klip video mereka yang terbaru iaitu ‘Like This’.

Berikut merupakan maklumat berkaitan dengan item yang telah Wonder Girls gayakan:

  1. Colorblock Dress dari Forever 21
  2. Jaket dari Zara
  3. Baju dari Topshop
  4. Floral Dress  dari Forever 21
  5. Tie Dye Short dari Urban Outfitters
  6. Sandal dari H&M

Sumber : http://www.allkpop.com/

Most Read Today