berita

Warnai Hujung Minggu Korang Di RIUH Sempena Diwali Pada 21&22 Oktober Ni!

October 19th, 2017 | by Azyan
Kini Trending

 

RIUH mai laaagiii 21 dan 22 Oktober ni! Kali ini diorang bawakkan Festival of Lights pulak untuk korang!! Kalau korang tak pernah pergi RIUH ni, korang wajib datang yang bulan ni punya! Boleh la merasa macam mana Festival of Lights tu disambut!

Seperti bulan-bulan lalu, ada pelbagai pop up stores,gerai makanan, live act, showcase dan bengkel-bengkel kreative di RIUH ni!

Foto: Instagram @malaysianpunjabibhangra

Ada persembahan traditional dan juga modern dari Aswara dan Malaysian Bhangra Group! Fuh! Terus macam dah terdengar-dengar bunyi gendang, bahu ni macam nak gerak-gerak dah!

Diorang ni kalau buat event tak main-main tau. Memang terbaik gila. Memang event Instagram worthy lah orang kata. Semua tempat cantik dan menarik untuk di-snap!

Memang RIUH!

Kalau korang nak tahu,  RIUH ni dah macam one-stop centre untuk semua yang kreatif!  RIUH memberi platform untuk peniaga-peniaga artisan dan kreatif untuk membuka pop-up stores. Korang boleh jumpa brand-brand baru setiap bulan! Kali ni ada @Sareeonmovement dekat RIUH!

Foto: Instagram @sareeonmovement

Tak suka shopping? Nak entertainment je?

Lah, ada jugak! Ada live band dari Matthew and Brendan De Cruz, Contemporary covers duo Nikita & Co dan Nadir Music! Juga setiap bulan lain-lain group yang buat performance. Boleh update spotify playlist korang dengan semua lagu-lagu yang korang layan dekat RIUH ni. Lepas tu, namakan playlist tu RIUH! Mesti ramai followers nanti!

Selain tu, ada juga Photography Talk and Workshop oleh TTFGA! Takkan tak kenal kann fotographer gempak ni! Wajib follow on Instagram!

Foto: Instagram @TTFGA

Hurmm, untuk orang dewasa je ke? Kanak-kanak tak ada?

ADA GUYS! ADA!  Korang memang digalakkan untuk bawa family datang! 

Korang kalau dengar Sains je mesti korang ingat bosan kan? Tiba masanya untuk korang dan anak-anak korang spend time belajar dan bermain dengan Sains in a fun way!

 

RIUH bawakkan Art & Science Workshop oleh Atom & The Dot. Kalau korang tak tahu korang boleh tengok Instagram diorang ni @atomandthedot! Yang dah besar ni pun teringin nak try wei!

Workshop ni mula pukul 11 pagi pada 21 Oktober 2017. Yuran pendaftaran berharga RM70 dan korang akan dapat banyak bahan untuk bengkel ni!

 

Foto: Instagram @atomandthedots

 

Kalau selalu korang pergi art exhibition tengok banyak lukisan guna water colour,colour pencil atau crayon, dekat RIUH korang boleh tengok pulak Art yang dibuat daripada makanan!

Oleh siapa? Oleh The Rojak Projek! Memang talented habis beb! Kalau korang nak join, korang kena cepat-cepat, sebab tempat limited. Yuran berharga rm25 je! Lepastu, korang boleh makan snack sambil-sambil jadi kreatif tu!

Foto: Instagram @therojakprojek

 

Apa makanan yang ada ek? Dah tengok show nanti mesti lapar!

Dari Biryani hingga Mee Jawa dihidangkan untuk korang tau! Bukan tu je, korang boleh try makanan Mexico kat situ nanti! Ada cheese local made lagi tau! Yummmsss!!

Banyak lagi yang ada dekat RIUH ni! Memang tak mengecewakan, korang jangan lupa datang bawak family dan kawan-kawan korang tau!

Kepada yang nak datang, RIUH menggalakkan korang datang dengan GRAB sebab ada promo code! Senang kan nak pergi RIUH?

 

Untuk maklumat lanjut, follow Instagram dan Facebook RIUH (@riuhinthecity) untuk update terkini atau layari www.riuh.com.my.

 

 

SKIP THIS AD ×