berita

Wawa Zainal Selar Pencuri Keretanya Di Laman Twitter. Betul-Betul Marah Ni!

July 8th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-07 at 4.54.00 PM

Bagi yang mengikuti perkembangan Wawa Zainal, sudah pasti sedia maklum dengan beberapa kemaskini di laman Twitter mengenai keretanya yang hilang. Status-status yang dilihat seperti mendesak si ‘pencuri’ untuk memohon maaf itu turut disokong oleh suaminya, Aeril Zafrel.

Lebih menarik lagi, Wawa mengatakan bahawa pencuri tersebut adalah insan yang mendakwa pernah rapat dengan dirinya. Namun, yang menjadi persoalannya sekarang, siapakah gerangan si pencuri kereta tersebut?

Screen Shot 2014-07-07 at 2.09.31 PMSiapakah ‘pencuri’ yang dimaksudkan oleh Wawa Zainal ya?

Dari apa yang dapat diperhatikan menerusi tarikh status-status di atas, ianya dikemaskini pada hari berlainan iaitu sejak Jumaat lepas hingga semalam. Masih belum surut lagi kemarahan Wawa walaupun sudah empat hari berlalu. Terlalu kecewa, mungkin?

Dalam pada itu, Aeril yang dihubungi oleh OHBULAN! semalam untuk mendapatkan penjelasan memberitahu dia dan isteri tak boleh menceritakan hal sebenar selagi siasatan masih dijalankan.

“Buat masa ini saya dan isteri diminta oleh pihak pengurusan untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai kes ini kepada umum kerana ianya masih dalam siasatan. Kami mungkin akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar, juga bergantung kepada pihak pengurusan.”

Untuk makluman anda semua, kereta model Swift milik Wawa bernombor pendaftaran WWY 5833 itu telah hilang sejak setahun yang lalu.

Beralih pada soal karier, Aeril memberitahu bahawa dia baru sahaja selesai menamatkan penggambaran sebuah filem hantu berjudul ‘CCTV’ yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×