berita

‘Wujudkan Taskforce Basmi Rasuah Dalam Industri Hiburan’ – Adam Shahz

May 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Ramai yang tidak tahu, YB Fahmi Fadzil pernah berlakon dalam drama bersiri Gol & Gincu pada tahun 2006 dan aktif di pentas teater sejak 2001 lagi. Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil sempat meluangkan masa bersama barisan anak seni tanah air, semalam bagi memperjuangkan nasib industri hiburan negara.

Dikesempatan itu, muncul beberapa artis tampil mendedahkan disebalik corak permainan sistem televisyen negara ini. Malah, ada mendakwa stesen TV hanya memberi tawaran projek pada produksi yang sama sehinggakan beberapa produksi lain terpaksa gulung tikar.

Akan mengkaji pengurusan seni

Menurut mStar Online, YB Fahmi Fadzil mencadangkan agar Kogres Kesenian Kebangsaan diwujudkan seperti yang pernah diusahakan pada tahun 1970-an.

Harapan saya mahu mewujudkan sebuah Kongress Kesenian bagi mengumpulkan anak-anak seni yang mana mereka bebas menyuarakan apa sahaja masalah dan idea untuk kemajuan industri. Sebelum ini ramai penggiat seni dan kenalan artis saya menyuarakan pendapat dan masalah mereka namun tidak diendahkan daripada pihak terdahulu.

Pihak saya juga akan mengkaji semula pengurusan dana kesenian yang sedia ada. Mungkin menteri terdahulu bukan datang dari latar belakang seni disebabkan itu mungkin beliau tidak memahami keadaan industri.

Sehubungan itu, pelakon Adam Shahz mohon corak permainan sistem televisyen di negara kita disiasat. Dia juga mendakwa kemungkinan stesen TV dan industri hiburan tempatan terlibat dengan rasuah sehingga menjejaskan produksi lain cari makan.

Tolong siasat rasuah dalam industri

 

Sumber: Adam Shahz

SKIP THIS AD ×