berita

‘Ya Allah, Kau Matikanlah Nafsu Pondan Aku Ini’

August 20th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pasti antara kita mempunyai pengalaman dan kisah hidup yang gelap. Ketika itu kita juga tidak menyedari setiap tindakan dan keputusan yang dibikin atas kehendak nafsu diri. Pemuda ini menceritakan pengalaman disebalik kisah lorong dan terjebak dalam kancah seks songsang menjadi mak nyah.

Meskipun realitinya, dia masih tiada nafsu seks terhadap wanita namun, dia percaya alat kelaminnya masih dapat berfungsi dengan baik. Dia masih kuat untuk mencari naluri ‘kelelakian’ demi mahu tinggalkan nafsu songsangnya itu.

Masih mencari naluri lelaki

Meskipun sudah dua kali Jefferi Mohd Nor menunaikan ibadah Umrah untuk muhasabahkan diri namun, dia masih tiada nafsu terhadap perempuan.

Ya Allah, kembalikanlah nafsuku sebagai lelaki. Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah… Saya sudah dua kali menunaikan ibadah Umrah. Muhasabah diri dan menguatkan iman kerana saya sudah insaf. Buat masa ini, saya tidak ada naluri seksual terhadap wanita, tetapi tidak bermakna fungsi alat kelamin saya sudah mati. Sekarang saya tidak tahu bagaimana untuk mencari naluri lelaki itu. Ya Allah, kau matikanlah nafsu pondan aku ini.

Demikian rintihan seorang bekas mak nyah setiap kali selepas menunaikan solat. Dia menyesal kerana pernah terjebak dalam kancah seks songsang akibat terlalu mengikut nafsu untuk menjadi wanita.

Ketagih seks songsang sejak kecil

Gambar sekadar hiasan

Jefferi menceritakan pengalaman dan detik bermulanya nafsu songsang terhadap lelaki. Segala-galanya bermula selepas dia ‘dinodai’ seorang lelaki pada usia lima tahun, dimana lelaki tersebut merupakan jiran sebelah rumahnya. Akibat terangsang, dia menjadi ketagih seks songsang sejak kecil.

Bagi kelihatan dirnya cantik, Jefferi sanggup membuat pembedahan plastik  dan implan silikon pada payudara. Bagaimanapun, dia sudah insaf dan menyedari tindakannya itu. Kini, dia berusaha untuk mencari kekuatan kembali ke pangkal jalan dan kembali kepada naluri asal.

Apa jalan untuk saya kembalikan nafsu lelaki ini, Saya dah puas cari jalan mengembalikan nafsu lelaki saya. Jika ada orang pandai mengubati saya, tolonglah… Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kehendak nafsu pondan itu sudah beransur hilang dalam diri saya.

Kini, saya mahu kembali menjadi lelaki dan berhasrat mencari isteri yang normal. Syukur kerana ketika itu saya tidak mampu untuk meninggalkan mak, lalu saya membatalkan hasrat pembedahan itu.

Dia pernah berniat untuk melarikan diri bersama ‘teman lelaki’ warga Amerika Syarikat ke London. Namun, hasratnya itu terhalang kerana memikirkan soal ibunya di kampung.

Tolong elak berkawan pondan

Gambar sekadar hiasan

Jefferi juga pernah memberontak dalam mencari erti kebahagiaan hidup selama menjadi mak nyah. Meskipun, dia menyedari kehidupannya itu adalah berdosa.

Saya tidak bahagia, bagaimana saya nak bertemu Allah nanti. Apatah lagi ibu saya kemudian meninggal dunia sembilan tahun lalu. Oleh itu saya tekad, pada Ogos dua tahun lalu saya membuang implan silikon payudara di Thailand dan meninggalkan lelaki yang saya anggap sebagai ‘suami’ selepas 30 tahun kami bersama. Biarpun tiga anak angkat saya terkejut, namun saya tekad.

Saya tidak mahu lagi terjebak seks songsang dengan menjadi pondan. Saya memang tidak berkawan dengan golongan pondan lagi.  Mana-mana pondan kalau nak baik, tolong elak berkawan pondan. Jika masih berkawan memang susah nak berubah kerana pondan ini sentiasa menyediakan habuan seks. Jadi susah kita nak berubah. Jika nak insaf, tinggalkanlah semuanya.

Malah, pemuda ini juga menasihati golongan mak nyah untuk segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Mempelajari asas agama, menunaikan solat lima waktu dan menjauhi golongan demikian untuk muhasabah diri ke jalan Allah.

Sumber: Sinar

SKIP THIS AD ×