berita

Yang Terbaik Di GEGARIA Minggu Lepas. No 8 Tu Paling Best! #GEGARIAFEST

January 19th, 2018 | by Noraniza
Kini Trending

Fuuuuhh.. Serious admin cakap GEGARIA di Setia City Convention Centre minggu lepas memang meriah gila!Admin memang stay daripada pagi sampai malam sebab banyak sangat aktiviti yang awesome!

Nak tahu apa yang best sangat? Nah, admin bagi highlight sikit..

1. Showcase finalis AJL yang power!

Showcase oleh finalis Anugerah Juara Lagu di GEGARIA haritu memang meletop weh. Dah macam tengok final pulak dah. Ara Johari, Salma, Haqiem Rosli, Hael Husaini, Ernie Zakri dan Syamel adalah finalis yang menggegarkan GEGARIA minggu lepas!

2. Mengimbau sejarah Malaysia di Throwback Tunnel

Dalam pada berseronok dengan persembahan artis, boleh juga menambah ilmu tau! Kenapa kami cakap tambah ilmu? Ha, kebanyakan pengunjung bawa anak-anak mereka ke Throwback Tunnel ni untuk belajar dan mengenali Malaysia tercinta dengan lebih mendalam.

Barulah boleh mengaku anak Malaysia yang sejati!

3. Makan, makan dan makan lagi

Buat sesiapa yang kaki makan, memang korang akan pulang ke rumah dengan perut penuh! Mau tak kenyang sebab ada pelbagai jualan makanan di food truck yang ada di GEGARIA ni.. Nyummmeh!!

Nak tau yang lebih canggih? Korang boleh beli makanan di sini tanpa menggunakan wang tunai. Sebaliknya korang hanya perlu download aplikasi Boost App di GEGARIA dan ini akan dapat menebus RM10 tau ‘on the spot’! Gila best!

4. Main, main dan main lagi!

Ada permainan tradisional macam congkak gergasi, teng-teng dan juga permainan yang budak-budak sampai ke orang tua suka sangat main iaitu FIFA Online 3!

Bukan tu je, MyGameOn eSports Zone adalah yang paling digemari kat GEGARIA dengan adanya permainan VR dan perlawanan eSports FIFA Online 3 yang berlangsung secara live anjuran Garena. Selain itu, tawaran hadiah terkumpul bernilai RM10,000 untuk dimenangi juga menarik perhatian ramai! Siapa yang menang haritu untung gila!

GEGARIA Fest kini meneruskan jelajah mengelilingi Malaysia dengan membawakan Perlawanan Arena of Valor (AOV) ke Johor! Semua orang Johor lepasni boleh datang secara PERCUMA!

5. Penuhkan foto di Instagram dengan background yang super cool

Untuk pengetahuan korang, #gogegaria memang jadi trend tau disebabkan semua pengunjung tak lekang memuatnaik foto-foto selfie, OOTD dan pelbagai aktiviti daripada pagi sampai malam!

Tengok jelah gambar mamat ni, memang mengundang ‘likes’ yang banyakkan?

6. Derma darah & juga pemeriksaan kesihatan!

Dalam berseronok, pengunjung GEGARIA memang tak lupa mereka yang tengah diberi ujian sekarang. Ramai yang derma darah dengan niat untuk membantu mereka yang sedang memerlukan. Lagi pun, orang kata derma darah bagus untuk peredaran darah dalam badan. Kan?

Malah, korang juga boleh buat pemeriksaan kesihatan tau di GEGARIA! Boleh lah tahu level kesihatan korang tu okay ke tidak. Hidup sihatlah katakan!

7. Booth KWSP pun ada!

GEGARIA faham korang malas nak pergi KWSP untuk check semua benda. Sebab tu diorang bukak booth KWSP hari tu.. Kat situ, korang boleh semak baki, daftar perkhidmatan online dan buat pertanyaan untuk kegunaan masa depan.. Senang kan?

Siapa yang pergi booth derma darah dengan KWSP ni, diorang akan dapat tag yang mana korang boleh tebus desserts dan macam-macam lagi… Bestnya! Patutlah ramai je kat dua booth tu!

8. Enjoy konsert di malam hari ditemani bintang bergemerlapan di langit!

Malam pun ada aktiviti tau! Persembahan mantap dan bertenaga daripada Defam, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Akim & The Majistret dan juga Bunkface. Penonton juga memang sporting gila apabila turut menyanyi dan menari bersama-sama!

Nak tau macam mana havocnya persembahan mereka. Tengok foto-foto ni!

Teruja? Ya, GEGARIA bakal menyerang di…

Berita baik untuk anda semua! GEGARIA akan meneruskan jelajahnya lagi di dua lokasi berikut:

Tarikh: 3 Februari 2018

Lokasi : Angsana Johor Bahru Mall

Tarikh: 24 Februari 2018

Lokasi : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Ayuh!! Jangan ketinggalan untuk merasakan kemeriahan GEGARIA! Jumpa di sana tau! Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik di laman Facebook rasmi GEGARIA dan Instagram GEGARIA ni!

Nah, kami bagi highlight sikit kemeriahan GEGARIA di Setia City Convention Centre haritu!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×