berita

‘You’ve Lost My Respect’- Ayah Dalam Keadaan Tenat, Hati Lagi Panas Apabila Pakar Medik Datang Berkata..

January 22nd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Tanggungjawab seorang doktor adalah untuk menjaga pesakit-pesakit sebaik boleh. Sebagai seorang doktor, kita sewajarnya mengamalkan sikap empati supaya pesakit dirawat dengan baik dan mengikut prosedur dan standard perkhidmatan kesihatan yang ditetapkan.

Malangnya, itu bukanlah yang berlaku dalam kisah perkongsian @zaidzikrijantan di Twitter yang merakam perwatakan seorang insan bergelar doktor yang seolah tiada secebis pun sikap empati dalam dirinya. Sungguh menyedihkan!

 Aku hilang rasa hormat

Dalam tweetnya itu, Zaid menceritakan kisah yang berlaku kepada ayahnya yang mengalami pendarahan dalam otak yang serius. Difahamkan ayahnya itu tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk menjalankan operasi pembedahan disebabkan beberapa faktor, maka mereka sekeluarga memilih untuk tidak melakukannya setelah mengambil nasihat dari doktor pakar. Sebaliknya hanya mengharapkan yang terbaik buat ayah sehingga..

Datangnya seorang pakar medik..

Tanpa belas kasihan, dia menyoal:

Masa aku dengar ayat dia, darah aku mula mendidih

Cerita Zaid, sepanjang perbualannya bersama pakar medik berkenaan, tidak sedikit pun dia melihatkan rasa belas kasihan atau empati terhadap apa yang berlaku. Luahnya lagi, kejadian itu buat pertama kalinya telah menanam rasa dendam dalam dirinya terhadap seseorang.

Zaid mengharapkan menerusi kisahnya ini, bakal-bakal doktor di luar sana mengambil pengajaran dan menanamkan sikap empati dalam diri ketika merawat pesakit. Bukan sahaja tanggungjawab seorang doktor untuk memastikan kesihatan terpelihara, malah untuk bantu pesakit termasuk ahli keluarganya untuk melalui fasa yang sukar dengan tenang.

Sumber: Twitter @zaidzikrijantan

SKIP THIS AD ×